Bersahur di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan

by - Thursday, June 14, 2018

Assalamualaikum.

Sebelum ni kan aku ada cerita yang aku bercuti kat Swiss Garden Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan kan?

Memandangkan sekarang buan puasa, o aku berkesempatan untuk sahur kat hotel tu. Sebenarnya, sebelum book hotel Swiss Garden ni, kitaorang call dulu tanya ada sediakan Sahur tak. Sebabnya pengalaman kitaorang tahun lepas, ada hotel yang tak sediakan sahur. So, kitaorang terpaksa drive keluar jam 4-5 pagi tu cari makanan kat kedai Mamak (Kedai Mamak je lah yang bukak pagi-pagi macam tu).

Bayangkanlah, ada anak kecik nak angkut keluar pagi-pagi, kesian ooo kat anak kecik tu. Kesian jugak kat mak-pak ni yang terpaksa dukung anak pagi-pagi macam tu.

So, since then, memang serik kalau main terjah je duk hotel mana-mana masa Bulan Ramadhan ni, takut tak de sahur.

Alhamdulillah, Swiss Garden Beach Resort Kuantan ada sediakan sahur. Dia kira 'breakfast' la. Kalau tak makan, rugi.











Makanan dia pun sedap. Tak banyak pilihan sangat. But Ok lah. Pagi-pagi mana makan banyak sangat, lebih dari melayan ngantuk jer sebenarnya. 

Sahur ni sejam jer : 4.30 pagi - 5.30 pagi. So, aku & En.Suami gilir-gilir turun makan sebab ambik turn jaga anak-anak yang lena beradu dalam kamar hotel. 

Next year bolehlah datang sini lagi..

You May Also Like

0 comments