Her First Roadtrip

by - Thursday, June 14, 2018

Aku kan ada cerita yang kitaorang pergi bercuti kat Kuantan kat dalam entri ini :

Itu kira percutian kedua untuk baby FL a.k.a Baby Leeya (nama sebenar). Masa tu umur dia 2 bulan lebih la. 

Macam Kakak FL dulu, masa umur 2 bulan jugak pergi bercuti. Masa tu dia pergi Cherating.

Yang si adik ni, first roadtrip dia ialah ke Melaka masa umur dia 35 hari.. hahahhaa.. Masih dalam pantang ko..  Sebabkan kali ni pantang tak sakit sangat, tu sebab aku berani pergi Melaka tu. Walaupun masih dalam pantang, tapi sebenarnya aku stay jer kat dalam bilik hotel, tak keluar jalan pun. makan pun kat dalam bilik. En.suami tapaw makanan.

Kiranya adik ni lagi advance dari kakak la. Percutian pertama eloklah yang dekat-dekat jer. Nak test power, nak tengok dulu dia boleh travel ke tak.

And the result - Leeya sangat OK. Sama macam kakak dia dulu-dulu - tidur jer sepanjang perjalanan. Langsung tak menangis. Sampai kat hotel pun sama, enjoy je tengok kiri-kanan (pelik - tempat baru).


 

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Risau gak kalau dia meragam. So, lepas ni bolehlah bawak Leeya ke tempat yang jauh pulak.  (Maybe sebab dah ajar jadi traveler sejak dalam perut..hihi).

 

 Kakak FL lah yang paling seronok. #kakijalan

 Car organiser jenama 'Munchkin'. Beli kat kedai baby.Kat Lazada pun ada jual jugak. Bila travel ngan anak ni, senang ada 'car organiser'. Al-maklumlah banyak betul barang yang nak guna masa dalam perjalanan kan. 

 Duk layan Upin Ipin

 Bawak folding bathtub Stokke, senang nak mandikan baby.

You May Also Like

0 comments