Stimulating Baby's Cognitive Skill

by - Saturday, June 23, 2018

Stimulating Baby's Cognitive Skill. Cognitive Skill ni adalah perkara yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak selain dari motor skill. Cognitive skill ni akan merangsang sel-sel otak si manja untuk mengenali dan memahami benda-benda / objek-objek di sekeliling mereka. 

Leeya sekarang dah genap usia 3 bulan 10 Jun hari tu.  Untuk peringkat umur baby macam ni, kita kena stimulate dulu (stimulate sel-sel otak). Nanti lepas sel-sel otak diaorang dah stimulate, then kita akan beralih ke peringkat seterusnya. 

Untuk stimulate cognitive skill pada baby, kaedah yang lazim digunakan ialah guna flash card. kalau lagi awal , lagi bagus untuk start. Awal tu maksud aku maybe seawal masa dalam pantang. Tapi masa aku dalam pantang hari tu, aku tak ada mood pun nak buat. Then, aku start masa lepas pantang, maybe masa umur Leeya 2 bulan.


Ini adalah sebahagian dari flash card yang digunakan. Ada macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang. 

Aku belajar benda ni dari Ummi aku dulu, masa aku lahirkan Kakak FL. Dia yang bagi aku semua flash card. So, sekarang ni, turn baby Leeya pulak. 

Kat kakak FL, memang nampak perkembangan cognitive dan motor skill dia cepat. Imaginasi dia pun nampak yang dia sangat kreatif. So, aku berharap perkara yang sama pada Baby Leeya ni.


Caranya:
Caranya ialah, lalukan flash card ni pada mata si manja dalam 3-5 saat jer setiap 1 kad tu. Kalau nak cakap (sebut) nama objek apa yang ada pada kad tu pun boleh, kalau tak cakap pun boleh. Sebab tujuan kita ialah untuk stimulate jer dulu.

Hanya Stimulate sel otak. Bukan untuk ajar dia apa-apa lagi. Nanti bila sampai 1 peringkat, kita boleh lah ajar dia sikit-sikit. Tapi untuk peringkat sekarang, si manja masih belum kenal apa-apa lagi. Jadinya, kita nak stimulate sel otak dia untuk expose dia dengan objek-objek di sekeliling. 

You May Also Like

4 comments

  1. wow bagus ni...

    cara mengaktifkan minda anak-anak supaya lebih power

    ReplyDelete
  2. good sharing.. anak2 jika diajar sebegini tentu akan membesar dgn bijak

    ReplyDelete