TIPS Kecantikan Untuk Mengatasi Kulit Mengelupas

by - Friday, July 06, 2018

TIPS Kecantikan Untuk Kulit Muka Mengelupas. Masa aku pregnantkan Leeya hari tu, muka aku jadi kering sangat. Kering yang teramat-amat-sangat sampai orang sekeliling pun perasan. So, bila kering, aku tak boleh tepek bedak kat muka, sebab nanti buatkan muka aku nampak lagi teruk. 

Hari-hari sejak dari zaman remaja lagi aku memang pakai moisturizer sebab kulit aku jenis kulit kering. So, so far kulit muka aku tak ada apa-apa masalah sebab hari-hari pakai moisturizer. Tapi sejak pregnantkan Leeya, kulit jadi teruk sangat. Dah pakai moisturizer pun, dia tetap tak OK. huhu..

Then, aku gi jumpa beautician, dia kata , masalah kulit aku ni ialah disebabkan Masalah Hormon. Hormon masa mengandung jer. Nanti lepas preggy, InshaAllah OK. Pastu dia cadangkan yang aku perlu add-on lagi 1 moisturizer lagi sebab moisturizer yang aku pakai sekarang tak cukup moist untuk kulit muka aku.

So, dia kata, aku kena pakai moisurizer yang ada bagi hydration kat kulit. Maksudnya, aku kena pakai 2 moisturizer setiap hari. 1 pakai moisturizer yang aku selalu pakai tu, then yang ke-2, pakai yang hydrating moisturizer.

Lepas tu, aku terus la pergi Watson. Then aku jumpa ni ↓.

TIPS  Untuk Kulit Mengelupas

Cari punya cari, aku jumpa jenama SIMPLE ni - hydrating moisturizer. Jenama lain tak ada pulak (yang ada di Watson ketika itu) yang jual 'hydrating moisturizer'. Harga Simple ni pun OK lah - harga mampu milik. 

Lepas balik rumah terus pakai - pagi & malam. Mula-mula pakai moisturizer biasa, bila moisturizer tu dah kering di muka, terus tepek hydrating moisturizer ni pulak.

Dalam seminggu macam tu, kulit aku dah OK semula. yyeeaayy. Sekarang dah bersalin, kulit aku dah normal semula. Tak ada dah kering melampau-lampau macam masa preggy hari tu. So, aku sekarang dah tak pakai dah hydrating moisturizer ni, kecuali kalau hari panas terik.

You May Also Like

0 comments