Cara Paling Mudah Sediakan Makanan Anak Bagi Ibu Bekerjaya

by - Friday, August 03, 2018

Orang tua-tua berpesan, seeloknya anak-anak ini makan makanan dari air tangan ibunya sendiri, supaya kasih-sayang dari seorang ibu itu mengalir berterusan sehingga ke akhir hayat. 

Anak-anak yang makan masakan ibu mereka sendiri, pasti akan sentiasa nak rasa air tangan ibu tu sampai bila-bila, even walaupun diaorang dah berkahwin. Betul Tak? Betul Tak? Betul kan??

Masakan ibu ini sendiri sebenarnya ialah Bonding antara ibu dan anak

Tapi zaman sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu pergi bekerja. Dan turut menjadi masalah untuk seorang ibu yang berkerja ni untuk sediakan makanan untuk anak setiap hari. So, jalan paling pantas, ialah membeli fast-food macam KFC dan McDonald. 

Fast food kan makanan yang tak sihat. Sekali sekala makan OK lah, tapi kalau setiap hari makan, ia boleh memberi mudarat kepada diri kita dan anak kita. So, the best way ialah kita masak sendiri untuk anak-anak kita. Tapi menjadi masalah jugak nak masak hari-hari sebab rutin harian kita sangat sibuk hari-hari.
http://www.dorsettpink.com/2018/08/cara-paling-mudah-sediakan-makanan-anak.html

So, ini aku nak share TIPS untuk sediakan makanan anak-anak setiap hari untuk ibu yang sibuk.

Aku sendiri pun dulu sangat susah nak masak hari-hari untuk anak aku, Kakak FL (Kakak FL umur 4 tahun sekarang). So, cara yang paling senang ialah aku beli je kat kedai. Tapi sebenarnya, kalau masak sendiri kan lebih bersih, lebih sedap dan lebih jimat kan. 

Kebetulan aku tengok satu Rancangan kat TV3 pasal makanan anak ni. So, TIPs tu aku praktikkan untuk sediakan makanan untuk Kakak FL, and it works!. Alhamdulillah, Kakak FL suka sangat.

APA TIPSnya?
So, TIPS nya ialah - kita masak sup kosong, then simpan sup kosong tu dalam freezer.

Kenapa Sup Kosong?
Sebab kanak-kanak suka sangat makan sesuatu dengan sup, kalau tak ada sup, depa jadi kurang berselera. So, kalau nak makan apa-apa, Kakak FL mesti request nak sup. Either eating noodle or rice, sup mesti wajib ada.

Nanti bila nak guna/makan, sup tu kita panaskan, dan hidangkan dengan nasi atau mee, dan add dengan ayam/ikan dan sayur yang segar, macam ayam goreng ke, sup sayur ke, sayur goreng ke, ikan panggang ke, ikan goreng ke atau apa-apa je la yang dimasak pada hari nak makan tu.

Tapi selalunya, aku tak lah masak sup kosong jer, biasanya aku masak sup ayam. So, nanti bila simpan dalam freezer, simpan sup jer, ayam tu aku terus makan masa tu jugak.


Lepas masak sup tu, aku letak dalam bekas taufufa macam ni, then letak dalam freezer peti ais. 

Nanti bila nak makan, ambik je 1 bekas, kemudian panaskan atas dapur gas. Nak panaskan guna microwave pun boleh jugak, tapi kena transfer sup tu ke dalam mangkuk kaca dulu, then baru panaskan. Jangan panaskan dalam microwave guna bekas plastik.

You May Also Like

9 comments

  1. tips ni boleh jugak diamalkan student yang duduk rumah sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupe. mungkin boleh kalau student tu suka makan sup. hehe

      Delete
  2. masakan mudah tapi anak2 suka oklh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak PI, budak-budak ni makan benda yang simple je

      Delete
  3. thanks share! boleh syaza buat nanti. ada satu tu nama dia baby bullet. untuk mak-mak nak buat makanan baby kan, baby bullet ni pakej sekali bekas simpan makanan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sebab sudi baca. btw, baby bullet tu untuk buat 'PURI', sesuai untuk baby umur 6 bulan hingga setahun setengah. kAKAK FL dah umur 4 tahun, dah tak makan puri-puri, dia makan makanan macam orang dewasa juga tapi tak pedas.

      Delete
  4. Sis rajin sangat. Teringat dulu masa bekerja sibuk ya amat. ( ok..sounds like PM ke ape..HAHAHA) gini lah kan kita nak buat yang TERBAIK kat anak-anak. InshaALLAH..at least ada tuh effort. May ALLAH SWT ease your affairs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah rajin awak. Saya cuma cuba sedaya mungkin untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak. tapi masih banyak lagi kekurangan ni. I cant be a supermom, but i rying to give the best

      Delete
  5. terbaek.. ejulz pun suka sup.. hehe

    ReplyDelete