Early Riser

in , , by dorsett pink, August 20, 2018
I was really not a morning person. You can ask anyone close to me either my family or my friends, and definitely they would say that I always late in the morning. Especially when I was an undergraduate degree student at uitm. Memang susah giler la nak terpacak kat kelas jam 8 pagi. So, selalunya kalau kelas yang awal pagi macam tu aku ponteng la jawabnya.
 

Mana taknya, sebab malam-malam tidur jam 3-4 pagi. Itu nasib baik kalau dapat tidur jam 3 pagi. Selalunya tidur lepas Subuh sebab semata-mata sebab nak siapkan projek studio. Masa sekolah pun sama, susah giler nak bangun pagi. Selalu solat Subuh Gajah jer.

Habit tu berlarutan sampailah aku bekerja. Masa kerja kat public sector dulu, memang selalu punch card merah. Lambat seminit pun punch card merah. Punch card bertukar hijau pun pernah. Kalau dulu masa zaman kerja, aku kena keluar rumah jam 6.30 pagi. Kalau lambat, akibatnya tersangkutla dalam jem. Dan balik rumah pulak bila langit dah gelap. Hari-hari rutin macam tu. Bosan la.. Hari-hari pulak kena hadap jem yang sangat merobek jiwa raga. Huhu.

Bila dah resign, happy lah, sebab dah tak perlu nak kejar punch card lagi dan tak perlu nak susah-susah keluar rumah jam 6.30 pagi. Bila dah ada anak ni, sedih tengok muka anak-anak bila terpaksa tinggalkan anak di awal pagi setiap hari. Dan itulah perasaan yang dirasai oleh kebanyakan ibu-ibu yang berkerja. Takpelah, demi sesuap nasi, niatkan niat kita berkerja tu KERANA ALLAH, supaya rezeki yang kita dapat tu dapat membantu kita membesar anak-anak kita untuk menjadi pejuang agama.

Bila dah tak bekerja, aku bolehlah la bangun lewat, tapi tak lah sampai korbankan solat Subuh. Maksudnya bangun lewat tu bersolat subuh gajah la. Tapi ada jugak hari-hari yang terbabas. Aku ada share kat ENTRY INI.

Sekarang aku dah menjadi ‘early riser’. Aku dah berjaya bangun seawal jam 3 pagi setiap hari even hari minggu. Kalau ‘terbangun’ lambat, aku akan bangun jam 4 atau 5 pagi. So, masih ada waktu ‘free’ sebelum Subuh menjelma. 

Lepas Subuh pun aku tak tidur semula. Aku akan tidur bila waktu tengahari. Biasanya bila jam 11 atau 12 tengahari tu dah mula la mata ni jadi kuyu dan datanglah pepatah ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Hahahhahaha..



Apakah yang mendorong aku untuk bangun seawal jam gitu ? 

Sebabnya hanya 1 faktor jer – aku nak menjadi orang yang berjaya.
Dan kebanyakan Usahawan Berjaya di atas muka bumi ni adalah merupakan ‘early riser’. Contoh macam CEO Apple (Tim Cook) bangun jam 3.45 pagi, Scott Adams (Pencipta 'Dilbert') bangun jam 3.30 - 4 pagi. Michelle Gaas (Presiden Starbucks) bangun jam 4.30 am untuk pergi jogging, dan sama macam billionaire-billionaire lain macam Oprah Winfrey, Mark Zukerberg , Jack Ma dan yang lain-lain, semuanya bangun sebelum Jam 6 pagi (sebelum Subuh) walaupun diaorang bukan Muslim.

Dan nak dapat habit ni sangat-sangat-sangat susah awal-awal dulu. Sekarang , Alhamdulillah, badan aku dah get-into-it. Mulanya memang susah sangat nak buat. Tapi hari-hari aku dengar ceramah motivasi kat Youtube dan baca Tips-Tips bangun awal kat internet. 


Aku cuba adapt tips-tips tu sikit-sikit. Dan lama-lama aku dah berjaya menjadi ‘early riser’ .Yang penting , jangan tinggalkan habit ni walaupun sehari. Sebab kalau dah tinggalkan sehari, nak start balik tu susah – macam seolah-olah badan kita kena paksa.

Antara TIPS Untuk Bangun Awal yang aku ambil dari Pakcik Gugel ialah :

1.    Tidur awal, sesudah Isyak. Hahahhaa. Tips ni kelaut la. Aku tak boleh tidur awal sebab anak-anak aku tak tidur awal. So, aku kena tido sejurus mereka tido. Biasanya aku tido jam 12 malam.

2.    Tulis ‘What-to-do-list’ pada malam sebelum tidur. 

3.    Tulis your ‘BIG WHY’ – why u wanna get up early?

4.    Jangan tengok handphone sebelum tidur.

5.    Letakkan handphone / alarm di tempat yang jauh – bukan disebelah katil atau sebelah bantal. So that, bila alarm berbunyi, korang akan bangun dari tempat tidur tu untuk tutup alarm. And it is a big achievement for you!

6.    Jangan sesekali tekan ‘snooze button’.

7.    Reward diri bila dah berjaya bangun awal. Aku punya reward boleh baca kat ENTRI SINI. Hehe.

 

Dah 60 hari aku berjaya bangun awal (sebelum jam 5.30 pagi) Dan satu benda yang aku rasa sangat amzing sejak aku bangun awal ni ialah, aku ada masa untuk masak Dinner untuk kami anak-beranak. Amazing. Bukan masak awal pagi, tapi masak petang-petang , sebelum makan dinner tu. Kalau sebelum ni, aku tak masak hari-hari. Masak dalam 2-3 kali seminggu jer sebab tak sempat. Tapi kali ni, sempat pulak.

Tu lah , aku teringat pesan seorang Ustazah, di kata kalau memberikan masa kita pada Allah swt, Allah swt akan berikan masa juga untuk kita. So, tak kan ada istilah 'tak cukup masa' pabila masa-masa kita bagi pada Yang Hak.

Semoga aku terus menjadi early riser sampai bila-bila even selepas grad nanti. Sebabnya, bila bangun awal ni, macam-macam benda kita boleh buat sebab masa ni otak kita pada tahap sangat-sangat ‘produktif’ dan badan kita pun ada banyak tenaga dan sudah tentu otak kita akan dipenuhi oleh oksigen, lagipun bila pagi-pagi ni, anak-anak masih lagi nyenyak tidur, so tak ada gangguan untuk kacau kita buat kerja.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. samala spesis liat bangun pagi tapi kena bangun juga hahaha jadi lama2 tu da jadi habit. usually kalo nak tido balik pun pkul 8/9 keatas. kalau awal lagi memang kena tempik dgn mak =D

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE