Tuesday, 7 November 2017

TIPS Bangun Pagi - Reward Diri Sendiri


Aku ni bukan morning person. Memang susah sangat nak bangun pagi.. Adooooiii... Biasanya aku terjaga jam 6.30 pagi. Ok lah tu kot , sempat lagi nak solat subuh.

Tapi bagi seorang ibu, aku rasa 6.30 am tu dah kira cukup lambat dah.. Kalau ada anak yang bersekolah rendah, confirm tak sempat si ibu nak buat Bento untuk anak. 

Paling worst lagi, ko tak dapat nak solat tahajud.. huhu.. Rugi banyak tu.... ustaz cakap kalau nak tarik rezeki - rajin-rajinlah buat Solat Tahajud (selain dari Solat Dhuha). 

Kalau orang tua dulu-dulu confirm dah kena marah ni sebab bangun lambat - tolak rezeki!. Mujur aku dapat husband yang sportinggg.. eccccceeeece (Saja bodek, nak hujung tahun ni - Black Friday bakal menjelma).
 
Sebenarnya kalau bangun awal, confirm banyak kerja boleh buat. Even nak menulis pun senang, banyak idea masuk di awal pagi. Kalau student, better study di pagi hari - senang nak ingat dan senang nak faham!

Aku tengok diri aku ni. Kalau aku menulis tesis awal-awal pagi, senang jer. Macam laju je menulis sebab banyak idea. Idea masuk mencurah-curah. Tapi kalau buat tesis masa siang hari tu, lambat skit la - jenuh nak perah otak.. huhuhuhu

Aku search kat google - TIPS Bangun Pagi.

Antara artikel yang baca suggest, supaya reward diri . Reward diri ni ialah buat apa yang kita suka buat masa di awal pagi tu. Kiranya, bangun pagi-pagi, reward diri dulu, then baru start buat kerja-kerja lain. Kalau korang suka update FB, jadi reward la diri dengan update status kat FB. Kalau kroang suka main game, jadi reward la diri dengan main game sekejap.

Macam aku, aku suka coffee..  I am a coffee lover. So, kalau aku berjaya bangun pagi seawal jam 4 pagi atau 5 pagi, aku akan bancuh kopi dulu.


Dapat minum secawan kopi, aku rasa phhheeeeewwwww... Nyaman nye.. Then, lepas minum tu, aku start la dengan rutin-rutin lain - solat, mengaji, study (menulis).... 

Nak buat benda baru dalam hidup ni memang susah. Mula-mula tu rasa susah la nak bangun pagi. Tapi, bila dah seminggu buat benda tu, badan kita dah boleh adapt dengan aktiviti baru tu, then ia terus akan jadi rutin selepas tu...

P/S : Gambar-gambar kopi tu gambar di siang hari, pagi-pagi aku minum kopi 3 in 1 jer.. hehehhe

12 comments:

  1. tips menarik..saya pun jenis susah bangun pagi. apa ek saya suka buat? selalu bangun tengok bola je..haha

    ReplyDelete
  2. Mama pun bukan morning person huhuu

    ReplyDelete
  3. Kita sama lah DP. Mesti cari kopi di pagi hari :D

    ReplyDelete
  4. akak pun suka tulis blog pepagi.. lancar je..
    coffee tu menggoda sungguh. bau sampai sini ni. heee

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni...i pun bukan morning person...so boleh try tips ni...

    ReplyDelete
  6. Tak minum coffee..huhuhu...sy morning person weekdays..weekend x..hahaha

    ReplyDelete
  7. kalau ada mesin kopi macam dekat kedai kopi lagi best nak reward diri sendiri kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Minum kopi! Rose memang coffee lover. Nikmat dapat minum kopi ni tak dapat terangkan macam mana. hihihi

    ReplyDelete
  9. saya kalau bangun pukul 630 memang akan jadi lipas kudung hahaha dok dang dok dang hehe

    ReplyDelete
  10. busyra kalau pagi2. confirm kena minum milo dlu. hehe. bru smngat nak buat keja

    ReplyDelete