Perjanjian Antara Suami Isteri

by - Tuesday, August 14, 2018

Perjanjian antara suami isteri - aku rasa sangat perlu bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. 

Melalui pemerhatian aku kat kawan-kawan atau kenalan aku sendiri, aku perhatikan kebanyakkan dari kawan-kawan aku yang memiliki pasangan yang sangat supportive atau jarang bergaduh, salah satu sebab / puncanya ialah mereka dah buat 'aggreement' antara husband dan wife sejak dari belum berkahwin lagi. Dan aku rasa, itu juga merupakan salah satu TIPS Kebahagiaan rumah tangga.

Ada orang siap buat aggreement bertulis depan lawyer lagi, siap ada duty stamp dan tandatangan peguam. Tapi kebanyakan yang aku jumpa, biasanya buat agreement tak bertulis - sendiri-sendiri faham jer.

Macam aku sendiri pun , kami dah buat perjanjian siap-siap sebelum berkahwin. Selalu buat sesi diskusi untuk merancang hala tuju perjalanan rumahtangga kami. Even lepas kahwin pun, kami suami-isteri memang selalu buat sesi diskusi untuk tengok balik / bincangkan planning keluarga kitaorang untuk tahun-tahun akan datang. Planning ni termasuklah untuk tahun bila nak tambah anak, education anak, masa depan anak-anak dan juga investment-investment yang perlu dibuat. 


Antara benda yang telah dipersetujui (aggreement) sebelum kami berkahwin ialah:

1. Aku kena buat PhD. En.suami pun suruh aku buat cepat-cepat. Sebab itu memang cita-cita aku sejak dari sekolah lagi. Dan aku target, lepas 3 tahun buat Master, by hook or by crook aku kena start buat PhD. Dan kebetulan masa tu, aku baru berkahwin & en.suami sangat supportive, sentiasa bagi aku semangat untuk terus menyiapkan tesis ini.

2. Life kitaorang akan bermula seusai saja aku habiskan pengajian PhD. Memang itu yang en.suami tetapkan sebelum kami berkahwin. Apa-apa pun, kena habiskan PhD dulu, then baru start fikir nak beli rumah, beli aset, nak buat investment,nak sette down family, etc.

3. Hal sekolah anak. Sebelum berkahwin, kami dah bincang nak hantar anak-anak ke sekolah mana. Kalau tak sama 'haluan' bab ni, mungkin tak jadi kot kahwin. hahahaha. Sebab soal education adalah perkara yang sangat-sangat penting untuk aku & si.dia. So, kalau boleh, seboleh mungkin, kami akan cari rumah berdekatan dengan sekolah yang dikehendaki.

4. Soal nafkah. Husband dengan rela hati cakap, dia boleh tanggung nafkah isteri dan anak-anak semuanya. Dia cakap, dia cuma nak isteri dia jaga anak-anak dia dengan baik dan tak terabai. Soal suit dan makan-minum tak yah risau. Alhamdulillah, perkara ini ditunaikan sehingga ke hari ini, even saving untuk isteri dan anak-anak pun diuruskan.

5. Soal travel / vacation. Kami ni memang kaki jalan. Dua-dua kaki travel. So, en.suami dah bersetuju untuk masukkan 'bab travel' ni ke dalam bentuk nafkah yang wajib diberi setiap tahun , tapi bergantung pada rezeki semasa tahun tersebut. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah pergi jauh sikit, kalau tak, dekat-dekat jer vacation.  

6. Hospital bersalin, kos bersalin, siapa nak jaga dalam pantang dan sebagainya. Aku bagitau aku nak bersalin di hospital swasta dan aku rela aku tak ada hantaran kahwin atau tak dapat shopping bertahun-tahun asalkan aku dapat bersalin bersalin di hospital swasta.

7. Dan ada lagi benda-benda lain yang kami setujui bersama, tapi tak perlu tulis kat sini.

 

Dan aku rasa, dengan perjanjian ni, it really works for us. Hasilnya aku nampak rumahtangga kitaorang ni harmoni. Adalah bergaduh tu, biasalah suami-isteri kan, sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pulak husband & wife. 

Tapi bila bergaduh, cepat-cepat kami settle kan, biasanya tak lama pun gaduh, paling lama pun sejam. Tapi memang jarang sangat-sangat kami bertengkar.Setahun sekali ada kot. Biasanya sebelum tidur malam, kitaorang akan forgive each-other, so malam tu dapat lah tidur dengan lena, tak lah nanti termimpi-mimpi pula hal bertengkar siang tadi. 

So, bagi aku, perjanjian ni sebenarnya penting la jugak. Supaya suami atau isteri tahu apa yang patut dilakukan sepanjang tempoh perkahwinan. Apa yang patut dibuat dalam 3 tahun pertama, 3-5 tahun , 5-10 tahun, 10-15 tahun, dan seterusnya. At least ada perancangan. Yang menentukan sudah tentu Allah swt.


So, untuk pasangan yang belum berkahwin lagi, fikirkan lah untuk buat aggrement perkahwinan korang (lebih baik kalau bertulis supaya  tak lupa) , supaya masing-masing take note apa peranan masing-masing especially bab kewangan - siapa bayar kereta, siapa bayar rumah, siapa bayar bil, siapa beli diapers anak, siapa beli susu anak etc etc. 

Sebab banyak kes penceraian adalah berpunca dari masalah/hal berkaitan duit. So, pasal duit dan perancangan kewangan ni memang kena ambik serius dalam rumah tangga.

Untuk yang dah berkahwin, faktor komunikasi adalah TIPS terpenting dalam faktor kebahagiaan rumahtangga.

Aku doakan semoga korang semua mendapat Keluarga Sakinah Mawaddah WaRahmah. Semoga Allah sentiasa memberkati urusan keluarga kita.Amiin.

P/S : TQ for reading!

You May Also Like

6 comments

  1. Betul...selain itu..masing-masing kena jujur dan lunaskan peranan masing-masing untuk bangunkan dan mantapkan rumahtangga.Kalau klik tu kuat insyaAllah lancar menjalani kehidupan berkeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak. Jujur, percaya dan undestanding 3 tunjang utama resipi kebahagiaan rumahtangga dunia akhirat

      Delete
  2. moga kekal ke jannah.. bagus ada perjanjian bertuylis macam ni

    ReplyDelete
  3. Perjanjian sebegini membantu jadi rujukan sebab benda ada hitam putih. Kurang lah sedikit salah faham juga, untuk lebih harmoni. Elok juga diwajibkan dalam prosedur kawin kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak 'diwajibkan mungkin akan nampak 'menyusahkan' walhal dalam Islam, segalanya mudah termasuk dalam soal perkahwinan. Nanti takut akan menjadi beban pulak bagi pasangan yang nak berkahwin untuk buat prosedur ni.

      Jadinya, tertakluk pada individu especially yang bakal mendirikan rumah tangga. kalau rasa aggrement macam ni sangat bermanfaat, i think elok buat, kalau tak berguna sangat, so tak yah buat. Tapi after marriage, sendiri akan rasa kepahitan dan kemanisan alam berumahtangga tu. Kalau pasangan nak buat agreement ni secara bertulis (usaha sendiri), i think it is a good effort. Supaya nanti lepas kahwin, nasib isteri (especially) dan anak-anak terbela.

      Delete