Bila Waktu Baby Boleh Merangkak?

by - Wednesday, October 03, 2018

Sebagai seorang ibu, sememangnya kita eager sangat nak tengok perkembangan permbesaran anak-anak kita kan. Kita rasa seronok sangat bila tengok anak kita pandai meniarap, pandai mendongak kepala, pandai merangkak, pandai berjalan dan yang lagi exciting ialah pabila anak-anak kita dah start pandai bercakap. Kan? 

Alhamdulillah, Leeya dah boleh meniarap dan dah boleh mendongak kepala. Dan Sekarang dia pandai golek-golek badan je dulu. So, kalau letak dia dalam bilik, habis 1 bilik dia tawaf dengan cara mengolek-golekan badan.. hahahaha. Cute sangat tengok. So, sekarang dah tak boleh letak dia atas katil atau atas sofa. takut nanti jatuh , macam yang aku cerita dalam entri ni - "Baby Dah Pernah Jatuh Katil". 

Dia tak pandai mengesot lagi. Cuma baru boleh mengesot sikit-sikit ke belakang. Dan sekarang jugak, dia baru belajar angkat punggung. Baru angkat jer lah. 



So,  Bila Waktu Ideal Baby Boleh Merangkak?

Jawapan untuk soalan ni subjektif. Tidak ada waktu yang ideal bila baby boleh merangkak. Ada baby umur 6 bulan dah boleh merangkak. Dan ada baby umur 1 tahun baru merangkak. Tapi ada juga baby yang tak merangkak langsung , pastu terus belajar berdiri dan berjalan macam Kakak FL.

Kakak FL dulu boleh meniarap masa umur dia 3 bulan, pastu terus mengesotkan badan. Dia tak merangkak langsung. Masa umur 1 tahun belajar berdiri. Sampai umur 1 tahun 3 bulan baru dia pandai berjalan. 

 Ni masa Kakak FL baru belajar berjalan masa umur dia 1 tahun 3 bulan. Masa ni masih takut-takut lagi - takut jatuh. 


So, for mommies and daddies, takpe kalau anak-anak korang lambat meniarap ker, lambat merangkak ker, lambat berjalan ker atau lambat bercakap. Setiap anak adalah berbeza dan perkembangan anak-anak juga berbeza. Setiap anak perlukan masa diaorang sendiri. Biarkan diaorang ambil masa sendiri untuk belajar sesuatau. Just enjoy the moment together dan ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan akan datang. hihi.

You May Also Like

5 comments

  1. Salam singgah pagi...
    anak buah nieyl 4 bulan dah berjaya pusingkan badan dia..

    ReplyDelete
  2. lambat atau cepat seseorang bayi tu merangkak atau mula bertatih tu tak ada specific time kan dan sebagai ibu dan bapa jangan cepat gelabah..give time dan support mereka..

    ReplyDelete
  3. oo. saya runsing jga baby belum merangkak ni. tetiba je dah boleh duduk sendiri.

    ReplyDelete
  4. baby dah 4 bln tp still belum meniarap lagi..tp kite ok jer..maybe sbb dia lahir x cukup bulan kot... x sabar nak tgk dia meniarap, merangkak..pastu berjalan..ekekek

    ReplyDelete
  5. Depends pada anak kan. Anak syaza 3 bulan dah meniarap 😂

    ReplyDelete