Mommy Menjadi 'SUPERMOM' Bila Anak-Anak Demam

in , , by dorsett pink, October 08, 2018
hari rabu lepas, Kakak FL demam. So, 2 hari tak pergi sekolah. Hari Jumaat dah sihat walafiat - elok boleh pergi sekolah. Sejak Khamis, Leeya pulak demam, sebab berjangkit dengan kakak dia.

Hari Jumaat, Leeya dah sembuh. Sehari je demam. Alhamdulillah. So, hari Jumaat tu Leeya dah tak minum ubat demam sebab dah sembuh kan.


Tiba hari Ahad, masa bangun tidur, tetiba aku rasa badan Leeya panas - panas macam demam. Kakak FL pulak sihat walafiat - ceria er - happy go lucky as usual. Tapi badan dia naik bintik-bintik merah. Banyak pulak tu. Terus mommy & daddy risau.

Lepas breakfast, terus pergi melawat klinik. Dua-dua jumpa doktor serentak. Doktor Ambil temperature - suhu badan Leeya 38 darjah celcius. Leeya demam kena viral fever kata en.doktor.

Kakak FL tak demam. Tapi dia kena chicken pox. huhu. So, dia kena quarantine duduk kat rumah ni selama seminggu. Doktor bagi calamine lotion jer untuk Kakak FL dan ubat minum kot-kot kalau dia gatal.

Leeya pula just teruskan minum ubat demam , tak perlu consume antibiotik sebab ni viral fever.

Biasalah, bila salah seorang anak ketak sihat, pasti berjangkit dengan yang lain jugak

Jadinya, bila anak-anak tak sihat serentak, mommy pun bertukar la costume menjadi 'supermommy'. Tidur, rehat, makan pun buat yang sempat jer. Yang penting anak-anak cepat sembuh. 
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Memang bila anak demam kita jadi bertambah kerja..super sangat kita ni..tak tahan nya bila diaorang nak melekat je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nad. kalau dia nak melekat je dengan mommy, 1 kerja apa pun tak boleh buat. huhu..

      Delete
  2. anak sakit kita pun ikut sakit sekali.. dgn tak cukup tidurnya.. bertabah la mommy.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tu la.. mommy kena byk bersabar. kalau mommy pun sekali yang sakit, habislah. huhu

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE