Baby 8 Bulan Tak Nak Makan

by - Sunday, November 25, 2018

Baby 8 Bulan Tak Nak Makan | Last week, Leeya buat drama sinetron - tak nak makan. 2 hari tak nak makan. Jenuh mommy dan daddy pujuk tapi tak berhasil. 

Sebelum ni dia elok jer makan. Pernah sekali masa 7 bulan dia buat drama macam ni jugak tapi dah berjaya diatasi dengan solusi 'baby rusk'. Boleh baca kat entri ni - 'BABY TAK NAK MAKAN'.

Sekarang masuk 8 bulan, ada lagi babak ni pula, ingatkan dah tak de. huuhu. Tak tahu apa puncanya. Tapi 'drama' ni terjadi aku perasan sejak pekenalkan dia dengan jadual baru iaitu 'breakfast'. Masa umur dia 6 & 7 bulan, dia makan 2 kali sehari jer - lunch & dinner.

'Duduk kat balkoni lagi best dari makan. Boleh layan permandangan indah, angin kat sini sejuk jer'


Bila dah masuk 8 bulan ni, dah start makan 3 kali sehari - breakfast, lunch & dinner. Mula-mula (Hari Khamis), dia Ok jer makan brekfast, tapi nampak macam lunch & dinner, dia makan sikit sangat. Pastu Hari Jumaat tu, breakfast makan sikit jer, lunch dan dinner pun sama makan sikit jugak.

Then Sabtu dan Ahad, langsung tak nak makan apa-apa. Mulut dia tutup rapat-rapat. Nampak jer sudu, dia palingkan muka dia ke belakang. Kalau suap juga bubur kedalam mult dia time dia buka mulut, nanti dia sembur balik.  Dia cuma minum susu ibu jer. huhu. Najis yang keluar pun warna golden yellow, means that dia minum susu ibu sepenuhnya macam baby bawah umur 6 bulan. Maksudnya dia tak dapat zat yang secukupnya. huhu. Sedih mommy.

Hari Isnin, mommy try bagi dia makan sendiri. Dan kali ni cuma bagi dia makan lunch dan dinner jer. Maybe dia tak ready lagi untuk makan breakfast. Bukak baju dan seluar, tinggal diaper jer. Pastu letak makanan dalam pinggan, bagi dia main dengan makanan tu, sambil-sambil tu mommy suapkan dia makanan favourite dia - bubur dan rusk. Setiap kali waktu makan mommy buat macam tu.

Habis comot dan messy. Lepas makan, wajib mandi. Ni tikar makan Leeya. Setiap kali waktu makan, mommy akan bentangkan tikar ni, dan Leeya makan duduk atas kerusi makan dia atau duduk atas riba mommy.Tikar ni beli kat Lazada.


Hari Selasa pun repeat buat benda yang sama. Tapi dia tak makan banyak la. Tapi kira OK la sebab dah datang semula selera dia. 

Then, Hari Rabu, dia dah OK. Dia dah makan macam biasa. Dah boleh habis 1 mangkuk makanan tu. Alhamdulillah. Dan sekarang dia dah boleh makan 3 kali sehari - breakfast, lunch dan dinner.

Inilah ragam anak-anak. Enjoy jer being a mommy. Setiap yang berlaku tu ialah pengalaman yang sangat berharga dan mommy pun boleh belajar banyak benda especially belajar tentang erti kesabaran. Bila anak-anak semua dah besar, dah tak rasa dah pengalaman ni lagi dan masa tu mesti mommy rindu moment-moment cegini. Gittewww.. 

You May Also Like

2 comments

  1. ragam anak kan ada macam macam ... lagi 3 bulan, Nami akan start makan, hope dia ok.
    dulu Iman asyik nak bubur saja sampai usia 2 tahun ...
    Amin pula tiap kali makan cereal cerelac tu, badan habis merah ... dia alergik la pula ..

    ReplyDelete
  2. macam-macam ragam baby ni kan.. kalau pandai cakap senang la kita nak paham kan.. tp bila baby2 yg lom pandai cakap ni mama kena try and error je la..

    ReplyDelete