No More Exam-Oriented System. Yaaahhhoooo!!!

by - Friday, November 02, 2018

Baru-baru ni Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan untuk memansuhkan semua peperiksaaan yang melibatkan pelajar-pelajar Tahap 1 (Tahun 1, 2,3) bermula pada tahun 2019.

Aku suka giler!. Almaklumlah, nanti Tahun 2021 , Kakak FL dah masuk Darjah 1. Aku dapat bayangkan betapa stressnya student-student ni bila pergi sekolah dipaksa untuk belajar dan belajar, pastu kena ambik exam pulak. Huhuhu.. Alahai, kesiannya budak-budak tu. 

Pada waktu umur macam tu, jiwa diaorang ni masih lagi nak fun dan main-main. So, kalau dipaksa untuk belajar, diaorang boleh hilang minat pada pelajaran. Ya lah, siapa yang suka dipaksa kan.

Apalah sangat dengan dengan exam ni?? Anak-anak Malaysia dah dididik untuk menjadi 'exam-oriented person'. Bila nak exam bukan main pulun study, habis exam, habis 1 hapa pun tak ingat. Bila masuk kerja, terganga-ganga sebab dah lupa teori-teori yang pernah belajar kat universiti dulu. So, hebat sangat ke sistem exam-oriented ni. 

Pemansuhan peperiksaan Tahap 1 bantu perkembangan murid
Sumber imej : Astro Awani


Kalau tengok di negara-negara barat yang mempunyai sistem pendidikan Kelas A terutama di Finland yang merupakan negara yang mengamalkan sistem pendidikan terbaik di dunia, kanak-kanak datang ke kelas bukannya disuruh beajar dan belajar dan kat sana langsung tak ada exam. Waktu persekolahan pun 4 jam jer. Pastu, Homework pulak tak ada langsung. So, memang heaven la budak-budak nak pergi sekolah. Pastu confirm tak de drama sinetron pagi-pagi sebab anak-anak malas nak pergi sekolah. 

Kalau tahap 0-Level pulak, ala-ala exam SPM tu, student hanya wajib ambil 3-4 subjek jer, compare dengan student yang nak ambik SPM, kena wajib ambil 9-10 subjek. So, tak stress nya student-student kat Malaysia ni. Sebab tu ada parents yang sanggup hantar anak-anak diaorang ke International School dengan tujuan supaya anak-anak diaorang tidak menjadi seorang 'exam-oriented person' dan supaya anak-anak diaorang tidak dibebani dengan subjek-subjek yang banyak sangat tu. 

So, bila Kementerian Pendidikan buat sistem baru ni dengan memansuhkan peperiksaan bagi murid-murid Tahun 1, aku menyambut baik inisiatif tersebut dan sangat berterima kasih pada Kerajaan. Sekurang-kurangnya anak-anak Malaysia nanti tidak menjadi orang yang tahu menghafal fakta sahaja instead of memahami apa yang diajar. 

Inilah bakal pemangkin ekonomi negara di masa akan datang.hihihi..


Tapi jangan la pulak nanti buat sistem penilaian yang ajar anak-anak menjadi 'kaki kipas atau kaki bodek cikgu'. Siapa yang pandai bodek cikgu, dapatlah markah tinggi, manakala sesiapa yang tak pandai bodek cikgu, dapatlah markah rendah. Pastu, kalau perkara itu dididik pada anak-anak kecil ini, tak mustahil 1 hari nanti Malaysia akan mengeluarkan generasi 'yang hanya tahu bodek BOSS', tapi kerja hempeh!.

Ala korang tengok je kat ofis korang, cuba tengok staff-staff yang suka bodek BOSS tu excelent/perform tak masa kerja? Depan Bos memang excellent la, belakang BOSS hampeh. Pastu bila tiba hari APC - Anugerah Khidmat Cemerlang, orang tu lah yang akan naik pentas terima anugerah pekerja cemerlang. errrmmm... 

Ini cuma pandangan peribadi aku jer, mungkin tak sama dengan pandangan korang. Aku harap Kementerian Pendidikan dapat membuat keputusan yang terbaik dan memberi kebaikan untuk generasi akan datang. TQ.

Last but not least, terima kasih sebab membaca artikel ni sampai habis. Salam Jumaat U all. 

You May Also Like

10 comments

  1. Tula.. Alhamdulillah sangat..Miera pun kesian tengok adik kt rumah tu penat balik sekolah tak hilang lagi dah kena stress study untuk exam.. huhu. Seronok bila kementerian pendidikan umumkan pemansuhan ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tengok kesian budak-budak zaman skarang.. kecik-kecik lagi dah stress dengan homework bertimbun, belum lagi masuk jadual aktiviti koko yang boleh tahan banyak jugak

      Delete
  2. wei, happynya kalau mcm ni ... senang anak2 kita happy2 dtg sekolah, tak da drama tak da stress.. yes.

    ReplyDelete
  3. Legalah cikgu bila bebas dari bebanan buat kertas ujian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tapi kerja cikgu zaman skrang pun banyak jugak walaupun tak de ujian exam semua

      Delete
  4. Ada pro and con juga Kan tapi as long as Kita consistently Pantau anak2 utk selalu buat ulangkaji insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kita monitor la anak-anak kita kat rumah suruh belajar dna rajin membaca

      Delete