Leeya Dah Yakin Untuk Berenang

by - Saturday, December 15, 2018

Baru-baru ni kitaorang bawak Leeya masuk kolam renang, nak tengok macam mana reaksi dia kali ni ketika di dalam pool. And amazingly, dia tak menangis langsung, tak macam sebelum-sebelum ni.

Kalau sebelum ni bawak dia masuk pool, confirm dia akan menangis, meraung mintak dikeluarkan dari pool tu cepat-cepat. Seolah-olah nampak macam dia takut kalau ter-lemas. 


Leeya ni tak macam Kakak FL. Kakak FL masuk pool sejak umur 4 bulan lagi dan sangat excited, langsung tak menangis dan sampai sekarang memang pantang tengok kolam renang. Nampakn je pool, mesti kaki dia gatal nak terjun. 

Tapi Leeya ni agak takut. Masa umur dia 3 bulan, Mommy bawak dia berenang kat dalam bathtub dulu, dengan air yang sangat-sangat cetek. Tapi itu pun dia dah meraung. Lepas tu, mommy & daddy cuba lagi bawak dia masuk bathtub, hasilnya pun sama - dia takut. 

Masa umur dia 6 bulan, kitaorang bawak dia swim kat Water Park, ESCAPE Park, Penang. Pun sama dia menangis dan meraung tak nak masuk pool. Kalau pegang dia OK, tapi kalau lepas dia sorang-sorang duduk dalam pool dia takut. Memang dia langsung tak confident nak berenang.

Entri pasal ESCAPE PARK, Penang boleh baca kat sini - "KETERUJAAN MAKSIMA DI ESCAPE PARK, PENANG"

Tapi lepas tu, selalu bagi dia mandi dalam bathtub, nak bagi dia yakin dengan air. Nak build confident dia supaya tak takut dengan air.

Tapi hari tu, percubaan untuk sekelian kalinya bawak dia ke pool berjaya. Dia dah tak menangis. Alhamdulillah! Dan dia dah boleh gerakkan badan dia sendiri masa dalam pool tu. Ok lah!, dia dah confident masuk pool. So, lepas ni dah bolehlah start berenang. Good job baby (thumbs-up)!. 

Lepas ni, dah bolehlah dia teman kakak dia swim. Dah ada geng la kakak lepas ni.  


You May Also Like

2 comments

  1. cayalah leeya mcm abg syafi.. mama pun sampai sekarang takut air hihii

    ReplyDelete
  2. sama lah dengan beberapa anak buah den time kecik. bila pergi kolam ok la juga. tapi kalau pergi pantai kemain teriak nangis meraung semua haha. maybe pantai ada ombak pasir semua kan. tak biasa mungkin hee. tapi bila dah besar, ok je

    ReplyDelete