Pabila Detik Jam 12 Malam

by - Tuesday, December 04, 2018

Sekarang ni kan aku banyak menghabiskan masa untuk concentrate pada tesis kesayanganku ni. So, idea dan mood blogging tu kelaut sikit. Tapi seboleh mungkin aku akan cuba update semampu aku. Tapi kalau nak update blog pun kena ada idea. 

Lately, idea untuk menulis blog macam 'chipsmore' - kejap ada, kejap tak de, especially bila siang hari. Sebab siang hari ialah waktu aku 'bekerja' (kerja buat tesis). So, jadinya fokus dan konsentratsi aku adalah lebih memikirkan tentang penulisan tesis dari penulisan blog. Sudahnya, banyak hari blogku tak terupdate. huhu (sedih).... 

Biasanya, aku stop buat kerja jam 5 petang, sebab perlu bagi perhatian pada anak-anak pulak. Jadinya, bila dah tutup laptop jam 5 petang tu, secara automatik mood blogging pun dah tak de waku tu. Usah kata mood, idea pun dah tak datang. Aku akan buka semula laptop jam 5 pagi esokkannya. Dan kalau aku ada mood untuk blogging waktu tu, jam 5 pagi tu lah aku akan update. Kalau tak, aku tak kan buka internet mahupun blog dan konsentrasi adalah hanya pada tesis. 

Setiap masa, kemana sahaja, memang akan dibawa laptop kemana-mana. Even ada masa free 15 minit pun, aku akan buka laptop. So, handphone tu dah sedikit terabai la sekarang. 


Tapi lately kan, aku perasan, menjelang detik jam 12 malam, ketika aku dah berada dalam alam separa sedar, pabila mimpi-mimpi indah mula muncul, tetiba macam-macam idea untuk blogging pulak keluar kat kepala ni. Ada tu siap keluar dalam bentuk visual lagi kat kepala ni, seolah-olah macam tengah update blog. Macam-macam idea datang waktu tu. 

Tapi memandangkan badan aku pun dah lesu seharian buat tesis tanpa henti dengan menguruskan anak-anak lagi, aku tak mampu dah nak bangun dan berjalan ke study room untuk ambil laptop dan start menulis. Pen dan kertas pun sememangnya tak de kat katil sebab biasanya waktu macam tu bilik dah gelap dan semua pun dah dibuai mimpi indah kecuali en.suami yang sedang asyik buat kerja di bilik study (sebab dia memang jenis workaholic - bekerja tak kira waktu). So, memang tak boleh nak menulis dalam gelap macam tu. 

Handphone pun kebiasaanya aku tak letak berdekatan semasa tidur sebab takut dengan radiasi atau bahasa omputih dipanggil radiation. So, samada handphone diletak jauh-jauh dari katil atau aku letak jer kat dalam bilik study. FYI, bilik study kitaorang terletak kat sebelah master bed room jer. Jadi tak susah lah nak berulang-alik antara bilik sana dan bilik sini. 

My study room 


Tapi lately memandangkan banyak idea yang datang ketika jam 12 malam tu, aku pun dah start letak handphone dekat katil masa tidur. Dan bila ada idea jer, aku jot down dulu kat dalam hanphone ni, guna apps - 'GNotes'. Nak update terus memang tak mampu lah, nanti tak pasal-pasal pulak terlajak tidur esokkannya. So, lebih baik aku layan tidur dari layan kepala. hehe. Nanti bila dah ada waktu free di siang hari baru aku update blog menggunakan idea yang datang masa pembaringan tu. 

You May Also Like

9 comments

  1. separa sedar ni lah bagus.Kalo kita nak pape pon,kita bayangkan je apa yanh terjadi tu.Insyallah.. akan menjadi

    ReplyDelete
  2. idea tu memang selalu keluar time tengah malam..pastu selagi tak buat, selagi tu dok terfikir sampai susah tidur.hihi

    ReplyDelete
  3. Sangat respect lah dekat you dear, bekerja dan study sambung tesis sekaligus...bukan calang2 org lah boleh buat...juju ni lg lah lepas dah grad ijazah dlm 11 tahun bekerja belum ada hati lg nak sambung belajar...tggu anak besar sikit lg kot baru berputik...bagus lah sharing pasal G notes tu, nak install la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak juju sebab sudi baca entry personal yang tak seberapa ni.. Moga Allah bagi saya kekuatan untuk habiskan baki-baki perjuangan ni

      Delete
  4. haha ingatkan cerita seram. namanya cobaan

    ReplyDelete