Resipi Nasi Goreng Kanak-Kanak

by - Wednesday, December 26, 2018

Semalam mommy buat nasi goreng untuk sarapan anak-anak mommy. Leeya sekarang dah makan nasi, dia dah tak nak bubur. Tapi kalau cereal dia makan pulak. 

Sebab ada lebihan nasi, so mommy fikir eloklah dibuat nasi goreng untuk diaorang. Kakak FL dan Leeya makan nasi goreng yang sama - no salt, no sugar. Sememangnya sejak dari dulu lagi, mommy tak masukkan gula ke dalam masakan, sebab tak nak dapat penyakit di kemudian hari. Kakak FL pun mommy tak nak ajar dia makan benda manis-manis, takut nanti dia terbiasa. So, semua masakan mommy memang tawar je lah sebab tak de gula. hehe. 



Ini dia resipi nasi goreng untuk kanak-kanak dan bayi : 

Bahan-bahan :
- Nasi
- Ikan Bilis / Serbuk Ikan Bilis
- Sayur
- Sebiji Telur
- 2 ulas bawang putih dan seulas bawang merah
- Olive oil
- Sayur / puri sayur


Cara Masak :
1. Tumbuk ikan bilis berserta bawang putih dan bawang merah. Kalau guna serbuk ikan bilis, tak perlu ditumbuk dah ikan bilis tu.

2. Panaskan sedikit olive oil dalam kuali.

3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

4. Masukkan telur. Hancurkan.

5. Masukkan sayur. Boleh guna puri sayur kalau anak-anak tak suka makan sayur.

6. Masukkan nasi. Gaulkan nasi sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.

7. Tunggu sekejap. Siap!


Pastu, bolehlah dihidangkan untuk anak-anak tersayang. Mesti anak-anak suka hingga menjilat jari. Yumm-yuummm =))

You May Also Like

4 comments

  1. No salt no sugar pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. sedap.. kalau ejulz x reti masak camni. guna perencah nasi goreng je. hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh....orang tua macam akak ni pun boleh makan :)

    ReplyDelete
  4. bagus utk syafi ni sebab dia tak suka pedas

    ReplyDelete