Kisah Tentang Anak Tudung 2.0

by - Thursday, January 24, 2019

Hari tu aku pernah cerita pasal isu tentang anak tudung Kakak FL kat entri ni - 'KISAH TENTANG ANAK TUDUNG'

Ini pula ialah entri kesinambungan dari entri hari tu. Kisah Tentang Anak Tudung Versi 2.0. Nampak sangat isu anak tudung ni menjadi isu penting kan? hehehhe..

Ok, isu pasal anak tudung Kakak FL dah selesai sebab mommy dah belikan banyak anak tudung. Memang pagi-pagi tak de masalah nak mencari anak tudung untuk ke sekolah.

Hari tu, balik sekolah, mommy bukak beg nak ambil baju kotor, sekali ternampak ada anak tudung alien pulak dalam beg dia. Terus jer lah mommy basuhkan sekali. Tertanya-tanya juga siapa punya sebab Kakak FL punya tak macam tu. Kakak FL punya semua nipis-nipis, sebab mommy memang belikan dia anak tudung yang nipis jer kalau tebal, takut nanti dia tak selesa.


Ini dia anak tudung alien tu. yang ni tebal. Memang sah-sah bukan Kakak FL punya.

So, mommy pun tanya lah dia, siapa punya. Dia kata - 'entah, mungkin tersalah letak dalam beg'. hehe. 'Takpelah nak, pulangkan semula, bagi kat teacher k, nanti pandai-pandailah teacher siasat siapa yang punya'. 

You May Also Like

10 comments

  1. hahha.. macam2 kan, tertukar kot

    ReplyDelete
  2. Haahahha ya Allah comelnya. Boleh pula terbawa balik serkup orang lain

    ReplyDelete
  3. kakak FL dah tertukar anak tudung dengan kawan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tertukar, tapi bawak balik kawan dia punya. hehe

      Delete
  4. ahahaha adeh anak tudung elien pulak hahaha..
    misteri sungguh kisah anak tudung ni..

    ReplyDelete
  5. anak tudung aida selalu kena kebas dek anak2 dara :)
    kalau hilang, cari la dlm bilik diorang, confirm ada.
    beli kan la brape byk pun, ibu nyer punya yg dorang selesa nak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. anak tudung ibu selesa, best, sebab tu diaorang nak pakai yang ibu punya

      Delete