Demam Sebab Bengkak Susu

by - Wednesday, February 13, 2019

3-4 hari blog ni tak terupdate. Langsung tak larat nak bukak laptop, apatah lagi nak update blog. huhu. Sebab utamanya ialah aku demam. Ditambah pulak dengan masalah internet lately, lembap betul. Jadi, nak tulis blog tu tak terdaya langsung.

Aku demam sebab bengkak susu. Leeya dah menginjak ke usia 11 bulan. Bulan depan genap lah usia dia 1 tahun. Ingatkan bengkak susu tu cuma waktu dalam pantang atau bila baru-baru habis pantang. Rupanya walaupun anak dah nak masuk 1 tahun pun still jugak dapat bengkak susu. huhu.

Memang rasa sakit tu. Pastu, dapat pulak pakej demam sekali, dan dapat jugak pakej sakit kepala, so lagilah bertambah-tambah sakit nya. Tapi nasib baik sakit kepala tu sakit biasa jer, bukan tahap sakit migrain. Aku tak pernah kena rasa sakit bengkak susu macam ni. Kalau ada pun, tak ada lah sampai tahap demam gini. 


Terima kasih banyak-banyak untuk www.superibu.com


Aku ada jugaklah tanya dengan pakcik gugel. Tapi last-last aku bagi Leeya minum (direct feeding) banyak-banyak ngan buat marmet jer. Bila bengkak tu dah surut, demam tu automatik sembuh. Amazing!. Masa demam tu, aku ada juga makan panadol, tapi panadol yang dibenarkan untuk ibu menyusu lah. Sebab dah tak tahan sangat. Lepas makan panadol tu, rasa lega lah sikit. 

Alhamdulillah, hari ni dah sembuh sepenuhnya dan bolehlah tengok blog ni. hehe. 

You May Also Like

3 comments

  1. selagi ada susu memang akan bengkak dan rasa sakit sampai susu betul-betul tak ada... kadang tu anak menyusu time susu dah kurang pun sakit..tabah jela selagi tak sepenuhnya putus susu ngan anak-anak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. huhu. bertabahlah setiap ibu yang menyusu. tapi takper, setiap kesakitan tu pahala - saham di akhirat kelak. Tq for reading ya sha

      Delete
  2. aduhai.
    teringat dulu kala bengkak susu.
    sakit! memang mendemamkan kita...

    ReplyDelete