Joined KUMON

by - Wednesday, February 13, 2019

Start 1 Februari 2019 hari tu, aku dah enrolled Kakak FL kat KUMON - joined English Class. 


Kenapa pilih KUMON?
Aku ada cerita sebelum ni yang Kakak FL ni suka sangat belajar. Boleh baca kat entri ni - 'BELAJAR DAN BELAJAR'.  Dia sendiri yang minta nak pergi kelas tambahan lepas waktu sekolah. Dia dah tak nak stay kat tadika sampai petang sebab katanya kat tadika tak de 'belajar-belajar'. Lepas bangun tidur, mandi solat dan terus bersiap untuk balik. Boring katanya. 

Aku ada suggest nak masukkan dia ke kelas taekwondo atau kelas muzik - dia tak nak. Dia asyik duk kata, dia nak kelas belajar. errrmm.. Oklah kalau gitu, aku dan en.suami decide masukkan dia kat KUMON since KUMON pun sekakang monyet jer dari rumah kitaorang. So, tadika dia tu, kami tukar program sampai tengahari jer, petang dia gi KUMON (2 kali jer seminggu) dan malam pulak pergi mengaji.


Kenapa Pilih Kelas English?
Kami enrolled Kakak FL kat KUMON dalam kelas english. Why? Sebab english dia masih lemah. Dia masih tak boleh membaca dalam bahasa inggeris. Kalau BM, dia lancar je baca. Tapi kalau english, eerrrmmm.. Kalau bercakap, dia tak de masalah, cuma bab reading dia memang ada masalah. So, that's why kami pilih english class untuk dia. Sekarang umur dia 4 tahun 8 bulan. Baguslah start awal, sebab otak kanak-kanak ni macam span - cepat absorb benda baru. 


Kenapa tak enroll kelas math? Sebabnya aku nampak Kakak FL dah advance dalam math (advance untuk tahap umur dia), sebab dia minat giler subjek ni. Hari-hari dia buat latihan math kat rumah atau kat dalam kereta tanpa disuruh atau dipaksa, even kat sekolah pun tak ajar math sangat. So, mommy and daddylah yang ajar dia math kat rumah har-hari, dan nampak dia cepat faham dan minat sangat dengan math. Oklah tu.Nanti kalau enroll kelas math, takut dia pulak boring buat homework kumon nanti. Sebab homework kumon sangat banyak, takut dia tak larat nak handle dua-dua subjek. 

Ini homework KUMON masa cuti CNY hari tu


Kat kelas. belajar guna audio

Sambil makan pun boleh buat homework

Sementara tengah tunggu makanan sampai, boleh lah dulu buat latihan 1,2. So far, dia memang tak de masalah nak buat latihan. Even sebelum join KUMON lagi, dia dah biasa bawak buku dan pensil pergi mana-mana.


Yuran Kumon
Registration fee - RM 30 
Yuran Bulanan - RM 160 per subject per month


Hopefully dia suka lah dengan tusyen KUMON ni sampai bila-bila. 

You May Also Like

7 comments

  1. wahh.. bagus nye kakak FL dari kecik suka belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. dia minat. Kalau tak minat, susah jugak saya nak pujuk dia suruh belajar

      Delete
  2. menarik jgk, sblm2 ni fikir kumon tu just ajar math je...
    si aiyan bm dia ok tp bi mmg ke laut, puas lah mama nya ngajor... tp sama jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh. Kumon ada english ngn math jer. 2 subjek jer. sebab Kakak FL lemah lagi reading bi dia, sebab tu enroll dia ke kumon ni.

      Delete
  3. Kat sini takde Kumon. :(
    Nampak seronok Kak FL buat homework tu.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya siap minta kelas belajar !

    ReplyDelete