Our CNY Holiday

in , , by dorsett pink, February 08, 2019
Cuti panjang hari tu kami tak kemana-mana. Dah cerita kan kat entri sebelum ni? Entri ni - 'CUTI PANJANG TAK KEMANA-MANA'. 

Tapi, kesian gak kat anak-anak duk umah jer. Kalau keluar pun, keluar dekat-dekat jer. So, sehari sebelum cuti CNY kami (including my hubby's big family), decide nak bawak budak-budak main air kat Bangi Wonderland. Sebab apa Bangi Wonderland? Dah tak de tempat lain ke? Disebabkan review aku yang sangat menarik kat entri ni - 'DATING DENGAN ANAK SULUNG DI BANGI WONDERLAND'. Diaorang nak jugak merasa keterujaan bermain air kat Bangi Wonderland ni. 


Hari Isnin (4 Feb 2019), En.suami beli tiket through online. Memang biasanya kami beli tiket online jer kalau pergi mana-mana themepark, sebab dah fobia beratur panjang-panjang kat kaunter. Biasanya tempat-tempat tumpuan orang ramai ni, memang ramai giler orang que. 

Hari Selasa (5 Feb 2019), hari yang dijanjikan. Pagi-pagi Subuh aku bangun, study dulu untuk VIVA. inilah rutin pagi aku sekarang. Bila studi waktu pagi ni boleh lah fokus lebih sikit sebab anak-anak sedang lena beradu. Dalam jam 11 pagi, keluar dari rumah, kami brunch dulu kat kedai mamak. Lepas brunch, bergerak ke Bangi Wonderland. Kebetulan masa tu dah nak dekat waktu Zuhur. So, solat dulu kat Masjid Bandar Seri Putra, then lepas tu terus gerak masuk ke Bangi Wonderland. 5 minit jer jarak dari masjid ke theme park ni.

Study dulu sebelum bersuka-ria

Sambil tengah tunggu makanan kjat kedai mamak, dapatlah siapkan 1 worksheet dulu


 Gambar sebelum mandi-manda



Ramai giler orang kat Bangi Wonderland ni. Almaklumlah cuti public holiday kan. Walaupun crowd ramai tapi kami tetap enjoy tahap maksimum. Sampai ke hari ni pun, masih lagi duk cerita keseronokan kat Bangi Wonderland tu. Nanti nak repeat lagi lah pergi sana. Tak puas rasanya. 

Jam 6 petang, tempat tu tutup. Lepas dah siap mandi dan solat Asar,jam 6.30 kami keluar dari sana. Rasanya kitaorang la kot orang paling last keluar. 

Lepas tu, kami terus shoot ke Putrajaya. Makan malam kat Ayer@8. Sambil makan, sambil duk cerita pasal kerterujaan kat Bnagi Wonderland petang tu. Then Jam 11 malam, baru drive balik rumah. Balik rumah, masing-masing keletihan, tidur sampai pagi.

Hari Rabu, duk berehat jer kat rumah sebba badan dah penat sangat. 

Apa-apa pun, Bangi Wonderland memang terbaik ..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Tak penah lagi pergi. Cantik tempatni banging wonderland tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah cantik tempat ni kak. sebab baru lagi, so masih cantik dan kemas

      Delete
  2. ramai juga review tempat ni menarik.
    teringin.
    nanti la. nak pakat dgn adik beradik.
    bila ramai anak buah dan anak-anak, sure lebih meriah.

    ReplyDelete
  3. best pergi sini..mandi manda..lama tak pergi mandi manda

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE