Rahsia Awet Mudaku- Vitamin C Serum Annona

by - Wednesday, February 27, 2019

Rahsia Awet Muda Aku - Vitamin C Serum Annona || Ramai yang tanya umur aku berapa. Bila aku jawab umur aku baru 34 tahun (Cewwaahh! Baru OK, BARU!). hehe, ramai yang tak percaya bila aku bagitau umur sebenar aku. Kebanyakkan kata umur aku nampak macam 20-an. Ada yang lagi dashyat kata macam budak sekolah. Errmmmm.. (Ko dik, kalau nak ambik hati akak pun, agak-agaklah nak memuji tu)..

Ni gambar tahun lepas


Puji diri sendiri??. Ye la kalau aku tak puji diri aku sendiri, siapa lagi yang nak tolong puji diri sendiri kan? kan? Jadi angkatlah bakul sendiri. hehehhe.. Aku sedar umur aku makin meningkat. Nanti lama-lama kerepot jugak, tapi seboleh mungkin aku cuba untuk nampakkan kulit aku masih muda. Kadang-kadang memang kusam sebab kurang rehat. Aku pun nak jugak cantik macam korag semua. Nak jugak nampak cantik macam Kate Middleton.

Wanita mana yang tak nak cantik kan? Even Si Sajat tu pun nak cantik, inikan pulak aku. So, kalau nak cantik tu memang kena berusahalah. Ko bukannya anak raja, yang lahir-lahir dah cantik macam Cinderella tu. So, nak tak-nak, memang kena jaga muka dan kulit ni supaya nampak awet muda. Gitttuuu..


TIPS Kecantikan Untuk Nampak Muda? 

Aku tak percaya pada botox-botox dan segala macam jenis suntikan atau traetment laser semua tu. Ada yang kata suntikan Vitamin C pada muka selamat. Ye mungkin Selamat, tapi aku takut dan tak percaya. Selamat untuk hari ni, untuk hari tua nanti macam mana kan? Even nak makan ubat itu-ini, nak makan supplemen itu-ini pun aku takut. Aku ni memang jenis susah sikit nak percaya pada satu-satu produk ni.

So, lebih baiklah aku guna kaedah alami jer - minum air banyak-banyak. Dan jangan lupa minum air setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. 


Selain tu, aku amalkan makan buah tomato setiap hari. Tapi sekarang aku dah tak boleh makan tomato. Sebab apa? Nantilah aku cerita kat entri lain. 

Selain buah tomato, aku wajib makan sayur setiap hari. Yeeee WAJIB! WAJIB OK! Aku jenis tak lalu makan kalau takde sayur. Memang sayur wajib ada dalam diet makan aku setiap hari. 

Pastu, aku bersukan. Aku kan dulu atlit. So, memang dah biasa bersukan, bersenam dan aktif. So, memang sejak dulu lagi sampai sekarang (sampai dah ada Leeya ni), aku akan bersenam 2 kali seminggu at least. Kalau tak sempat nak gi jogging atau swimming, aku akan buat senaman ringkas jer - skipping or zumba. 


Guna Vitamin C Serum Annona
Selain dari rutin yang aku sebutkan kat atas tu, aku jugak amalkan sapu Serum Vitamin C kat muka. Sebab aku nak muka aku nampak cantik dan flawless. Dan pilihan aku ialah Jenama ANNONA.


Sebab apa pilih Serum Vitamin C ANNONA?
Sebab produk ni ada 10x kekuatan Vitamin C. So, dia akan beri kesan lebih pantas dari biasa. Lepas guna tu, aku rasa kulit muka aku jadi segar. Dah lah rasa segar jer, pastu kulit rasa lembab lembut dan lembap jer. rasa best jer bila aku pegang muka aku.


Pastu, kulit aku tak ada jerawat dan jeragat. Jerawat memang susah nak lekat kat muka aku. kalau ada pun, masa datang bulan. Tapi lepas tu, jerawat tak tinggalkan parut langsung kat muka aku. Sebabnya lepas habis jerawat tu, aku terus sapu serum ni (1 drop je) kat bekas jerawat tu. Nanti 2-3 hari hilanglah parut tu. Aku guna 2-3 hari dah hilang parut jerawat, paling cepat sehari jer. Tapi tak tahula kalau orang lain guna sampai berminggu-minggu baru hilang parut tu. Nanti korang jangan pulak saman aku. hiiiiii.. 




Ada Kelulusan KKM
Produk ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So, memang dijamin selamat. No sijil KKM - NOT161004544K.  Lagipun Serum ni tak ada campuran alkohol, so memang sangat-sangat HALAL. Dan tak ada pewangi tambahan,ngan pewarna tiruan. Sebab tu aku tak risau nak guna Serum Annona ni. 

Aku guna produk ni pun sebab ramai yang kata bagus. lagipun, ni bukan produk makan-makan, so aku ON jer. 

Ni salah satu testimoni yang guna Vitamin C Serum ni


Harga Vitamin C Serum Annona
RM 39 - 5 ml
RM 90 - 15 ml

Aku guna produk ni , dan ia sangat sesuai dengan kulit aku. Highly recommended! Kalau korang nak cuba, dan nak nampak muda dan cantik, korang boleh call Hotline Annona - 010-8424243. 

You May Also Like

8 comments

  1. 34 eh? mcm tak percaya la 34 tu ..

    ReplyDelete
  2. wah sennag bila ada vitamin serum ni..awet muda dp

    ReplyDelete
  3. Yang penting SELAMAT, FOUNDER AHLI FARMASI. šŸ¤—

    Cantik tak perlu suntik..heehee

    Roger ai stokis sah vcsannona 0138932730

    ReplyDelete
  4. subhanallah, cantiknyaa awak..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. meh saya belanja awak minum teh tarik. hehe

      Delete