PhD Talk | Persediaan Untuk VIVA

by - Monday, March 11, 2019

Lately, aku tak sempat nak bagi tumpuan pada blog. 2-3 hari blog tak terupdate. Bukan setakat tak sempat nak update blog, nak blogwalking pun tak sempat. huhu..

Ingatkan lepas dah subit tesis, dah free. Dah boleh bersenang-lenang. Rupanya TAK jugak... =((

Lepas dah submit tesis, ada lagi kerja yang nak dibuat. Betullah kata orang-orang yang dah grad (phd), "selagi ko tak submit hard-bind, jangan ingat boeh bergoyang kaki".. errrmm.. sadis sungguh.

Selagi tak viva, tak buat correction, memang tak boleh duduk diam. So, life pun busy macam sedia kala, tambah pulak ada anak kecik yang perlu diberi perhatian. Lagi lah bertambah-tambah ke-bizi-an tu.. 

Currently, aku yang jaga Leeya sendiri, tak ada bibik, tak ada babysitter, Leeya pun tak pergi playschool lagi . So, bolehlah korang bayangkan bila jer waktu lapang aku. Mestilah bila Leeya tidur jer. Memandangkan Leeya pun sekarang masih fully breastfeeding, (mommy penat) ada masanya aku pun turut tertidur sekali dengan Leeya. huhu.

Soal makan pun ada kalanya boleh ter-miss. Makan pun nak kena curi-curi masa. Apatah lagi nak cari masa untuk study. errrmm..



Aku buat apa sekarang (lepas submit tesis)?
Currently, aku tengah study (buat revision) tesis aku untuk persediaan menghadapi hari VIVA kelak. Tarikh Viva tak dapat lagi, but better prepare awal-awal ,takut nanti tak sempat prepare apa pun. So, bila study tu, wajiblah buat nota dan buat sekali slide presentation untuk VIVA nanti. Slide presentation tu aku buat 2. 1 untuk diri aku sendiri (more than 100 slides - including self notes), dan 1 lagi untuk digunakan untuk presentation kelak (maybe around 30 slides only). 

Pastu, kena baca sebanyak mungkn reviewed paper (journal). Supaya kita betul-betul mahir dengan bidang kajian yang kita buat tu.

Pastu sekarang jugak, aku tengah siapkan journal paper. Requirement UPM nak kan 2 journal paper. 1 dah OK. Tinggal 1 lagi yang tak penuhi requirement. So, terpaksalah pulun buat jugak, walaupun langsung tak de hati nak buat. Kalau tak, nanti tak dapat pulak sijil, tak dapat pulak konvo. huhu.

Dan nanti bila dah dapat tarikh VIVA, kena arrange jadual SV dan Co-SV untuk buat Mock-Viva. itupun 1 hal jugak. Mahu kecut perut aku nak buat mock viva. dah la sv committee aku orang strict, mahunya nanti diaorang tanya soalan 'diluar kotak jawapan' aku, mengaggau aku nak jawab. huhu.. 

Apa-apa pun, yang penting nanti Allah akan bantu - aku percaya sangat pada benda ni. So, yang penting sekarang, kena buat solat hajat hari-hari dan solat tahajaud dan solat dhuha. Minta pada Allah banyak-banyak kali supaya Allah bantu aku nanti di hari VIVA ku kelak. InshaAllah. 

Nanti nak pakai topi ni betul-betul =))

You May Also Like

2 comments

  1. MOGA MAMPU HADAPI APA SAJA MASALAHNYA HINGA GRAD N KONVO SELAMAT SUKSES DP

    ReplyDelete
  2. kagum dgn mommy yg sambung belajar sampai phd and at the same time kena jaga anak2.. fuhhh.. sangat mencabar kan.. semoga dipermudahkan urusan sis sampai grad phd nanti..

    ReplyDelete