Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Swasta Pilihanku??

by - Friday, April 12, 2019

Kakak FL akan masuk ke darjah 1 tahun 2021 nanti. MAC hari tu sepatutnya kena isi borang online kemasukan ke sekolah rendah. Tapi aku tak isi. Mula-mula memang berhajat nak isi, tapi disebabkan kena buat pengesahan dokumen dan hantar ke sekolah yang dipilih, aku jadi malas. En.suami pun cakap tak payah la isi. So jawabnya kitaorang tak isi pun borang masuk sekolah tu.

Sebab actually, memang dah plan nak masukkan anak-anak ke Private Islamic School. Dah ada sekolah pilihan, tapi sekolah kebangsaan memang tak ada dalam senarai. Bukan sebab sekolah kebangsaan tak bagus, tapi sebab sekolah tu 2 sesi, pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Jenuh nak ulang-alik transit bagai. Lebih baik sekolah 1 sesi jer, hantar pagi, ambik petang, senang dan kurang penat. 

How time flies.. Gambar ni - masa ni dia umur 3 tahun


Actually, nak isi borang kemasukan sekolah kebangsaan tu untuk back up jer. Tapi disebabkan dah tak isi borang, jadinya nanti kitaorang kena buat permohonan ke beberapa buah sekolah islam swasta. Mungkin dalam 4-5 buah sebagai back-up. At least kalau Pilihan A tak dapat masuk, masih ada lagi Pilihan B dan Pilihan C. 

Tapi aku tengok, permohonan kemasukan kesemua sekolah islam ni, murid perlu memduduki exam / ujian penilaian dulu. kalau gagal exam, maka gagal lah permohonan masuk ke sekolah tu. So, maksudnya, Kakak FL dah kena buat persiapan sejak dari sekarang untuk menduduki exam/ujian penilaian tahun depan.

Sekolah yang menjadi pilihan hati semestinya Sekolah Rendah Al-Amin. Sebab adik-adik aku sekolah kat situ, dan aku tengok sendiri result diaorang sangat memberangsangkan baik dari segi sahsiah diri, akhlak dan akademik (thumbs-up to the school and Ikram - Musleh, for providing such a great education platform!). 

Tapi masalahnya, jarak SRI Al-Amin dengan rumah aku jauh, jadi sekolah al-amin terpaksa dibuang dari senarai sekolah pilihan. huhuhuhu.. Aku malas nak hantar anak-anak ke sekolah jauh-jauh ni, nak hantar sekolah dekat-dekat dengan rumah jer, senang nak ulang-alik dan anak-anak (dan mommy pun) tak penat di atas jalanraya. 

So, antara sekolah yang aku tengah duk usha ialah :

- Sekolah Rendah Integrasi JAIS (SRAI)
- Khalifah Model School (KMS)
- Sekolah Rendah Islam As-Syakirin
- ITQAN Islamic School
- Sekolah Islam ADNI
- Greenview Islamic School
- Sekolah Rendah Islam ABIM (SERI)
- Sekolah Rendah Islam al-Hidayah


Yuran antara sekolah-sekolah tu berbeza. Pastu kena tengok jugak, silibus pembelaran yang di ajar. Guna silibus Malaysia atau silibus International. Kalau guna silibus international, kena fikir jugak nanti bila Darjah 6 nak ambik UPSR atau tak. Pastu subjek apa yang diajar. Jarak rumah dengan sekolah yang paling mustahak. Semua tu kena ambil kira.

Errmm.. so mommy and daddy perlulah buat MCA - Multi Criteria Analysis. Kena buat jugak Cost-Benefit Analysis. Perrgghh! Nak masukkan anak sekolah pun, nak kena buat analisis dah. huhu.. Takpelah, demi pendidikan anak-anak, demi masa depan yang terbaik untuk anak-anak. Ku sanggup! hahahhaa. 


P/S : Start Januari 2020, dah kena mula call sekolah-sekolah swasta tu untuk tanya, bila tarikh kena ambil borang dan tarikh exam. Kalau terlepas, jawabnya melepas la... 

You May Also Like

4 comments

  1. Nice sharing doc.. bleh saya refer baca2 :)

    ReplyDelete
  2. mmg kena usha lebih awal sekarang persaingan boleh tahan utk sekolah agama ni

    ReplyDelete
  3. Good Luck for the school's scouting! Memang pening kepala sket nak buat pilihan sekolah ni. Semoga dipermudahkan yer...

    ReplyDelete
  4. nk msk kan sekolah rendah pun banyak yg perlu di ambik kira n di timbang2 kan ya...
    selalunya mmg kita nk yg sekolah dekat ngn rumah, memudahkan kita n anak2...

    ReplyDelete