Self Reward After VIVA

by - Friday, May 31, 2019

PhD Talk | Self Reward After VIVA | Lepas habis VIVA hari tu aku rasa lega sangat-sangat. Rasa macam segala usaha aku selama ni berbaloi sangat-sangat walaupun sangat struggle untuk tempoh 6 tahun ni. Al-maklumlah aku buat PHD sambil jaga 2 orang anak sorang-sorang tanpa bantuan bibik. Dia punya stress dan tekanan tu tak payah cakap lah. Sampaikan kalau menangis tu dah biasa sampai aku pun dah tak larat nak menangis. huhu.

Bila keluar je bilik VIVA tu, ditambah dengan Chairman bagitau aku lulus dengan cemerlang (Examiner cakap - 'a very good thesis'). Fuhhh! Tak tahu aku nak cakap apa. Hati rasa happy dan bersyukur sangat-sangat, at least lepas ni dah habis dah segala penat lelah ni semua. Sekurang-kurangnya aku dah dapat tidur lena sepanjang malam dengan mimpi yang indah-indah macam orang lain =)).

So, aku rasa aku layak untuk reward diri aku sendiri lepas bila aku dah LULUS viva tu. Sekurang-kurangnya reward tu adalah ganjaran atas usaha aku selama ni yang tak pernah cukup tidur 6 jam (kalau dapat tidur 6 jam tu bonus lah).  

Jadi, aku pun belilah hadiah untuk diri - sendiri - Telekung Siti Khadijah.

Dah lama aku nak beli Telekung SK ni actually. Tapi aku pendam jer dulu hasrat aku tu. 'Takpelah, guna je dulu telekung yang sedia ada, Nanti phd kita beli", kata aku pada diri-sendiri.


Then, bila habis je VIVA aku pun beli lah. En.suami dan anak-anak teman aku pergi Butik SK. 

Masa pergi beli tu awal Ramadhan. Sebab aku VIVA pun seminggu sebelum Ramadhan. Kebetulan SK ada buat promosi Raya. So semua telekung SK ada diskaun sempena nak Raya ni. Jadi murah sikit lah aku dapat beli telekung tu. ALhamdulillah.

Tapi sampai hari ni aku belum lagi gna telekung ni. hehe. Hajatnya nak guna masa Hari Raya nanti =)). 

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah Kak segala penat lelah terbalas..
    Moga saya diberi kekuatan yang sama untuk master ni.. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck untuk awak. inshaallah, awk mampu buat yang terbaik hingga lulus nanti. selamat hari raya btw

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Tahniah awak lulus dgn cemerlang.

    Selamat Hari Raya,✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya nabilah. TQ sebab sudi baca

      Delete