Staycation at Bespoke Hotel, Puchong

by - Friday, May 10, 2019

Hari tu, seminggu sebelum VVA aku, aku dan keluarga kecilku pergi holiday semalaman kat Bespoke Hotel a.k.a staycation. Staycation untuk Bulan April. Setelah ebulan bertungkus-lumus siapkan journal paper dan study untuk VIVA VOCE, aku rasa aku perlukan ketenangan, perlukan kelainan untuk kembali recharge tenaga aku dan lari seketika dari persekitaran yang sama setiap hari. 

Hotel Bespoke ni terletak kat Puchong. Nak datang sini senang kalau naik public transport. Naik je MRT, pastu cross je jambatan tu , then sampailah di hotel ni. 

Hotel ni 3 bintang jer kalau tak salah aku, tapi kualiti dia macam stay kat hotel 5 bintang. Siap ada swimming pool dan free breakfast lagi. Tahap kebersihan pun 10/10. Wangi pulak tu,dan yang plaing best bilik dia besar. Besar la untuk kami 4 beranak ni, dengan 2 katil queen.  Tapi harga mampu bayar jer - cuma RM 145 semalam (termasuk sarapan pagi). 

Cumanya, kekangannyaialah krang kedai makan Halal kat area sini. Hotel ni terletak kat area Setia Walk, Puchong. Happening jugak lah kawasan ni. Tapi Restoren Halal cuma ada kedai mamak jer. Ok la, at least ada jugak, dari langsung tak ada. 




Lobby


Front Desk



View menghadap jalan besar dan stesen MRT. Tapi tak de bunyi bising.







 Coffee House depan swimming pool. Sambil makan or breakfast, boleh tengok anak-anak swimming


 Swimming pool besar tak best sangat. Sebab - tak ada pool khas untuk kanak-kanak. Swimming pool untuk adult dan kids sekali, cuma yang beza hanyalah kedalaman kolam. Untuk kids, kedalaman kolam 3 kaki dan untuk adult start dari 4 kaki hingga 5 kaki. So, untuk kids yang tak aware, memang senang boleh terjatuh ke tempat yang dalam sikit tu.

Aku book hotel ni macam biasa kat booking.com. Highly recommended la hotel ni untuk sesiapa yang nak mencari hotel dengan harga yang murah dan dalam kawasan Klang Valley. 

You May Also Like

6 comments

  1. ray kalau pegi memana i'd look for the pool first. janji ada haha
    the interior looks classy. cantik.

    ReplyDelete
  2. menarik nya tema hotel ni, nampak exclusive sangat ^_^

    ReplyDelete
  3. Heavennya tgk kolam dia tu luas betul hehe, tp tu lah x ada pembahagian khas utk kids, ini yang risau kot dia mandi ke tengah haruuu...kena pakai life jacket utk anak

    ReplyDelete
  4. Cantek dan Versatil hotel nya

    ReplyDelete
  5. Dekat jer dengan rumah kat Puchong ni ha. Thanks review...mana tau kebosanan. Boleh juga ke hotel ni. Heheh..

    ReplyDelete
  6. Menarik! Murah gak harga tu, bilik besar. Swimming pool tu paling penting bila nak bawak budak budak kan

    ReplyDelete