Gaji Pensyarah RM 1100 Jer??

by - Tuesday, June 18, 2019

Semalam viral kat Tweeter, gaji pensyarah di IPTS hanya RM 1100 , untuk post new lecturer. Logik tak korang rasa?

Gaji RM 1100 tu sama gaji dengan gaji Orang Gaji Indonesia yang kerja kat Malaysia ni sekarang. Kalau nak orang gaji Filipina, gaji diaorang ialah RM 1700. So, sesiapa yang nak hire orang gaji dari Filipina, bersiap sedia lah untuk ada duit untuk bayar gaji diaaorang sebanyak RM 1700, tapi tu tak termasuk kos makan-minum dan kos bil air-api diaorang lagi. Itu hanya gaji bersih diaorang jer. Kalau takde duit banyak tu, jangan berangan nak orang gaji dari Filipina. 

Gaji orang gaji Indonesia RM 1200 pun, belum termasuk kos makan-minum dan bil air-elektrik lagi. Campur aduk semua sekali ada la jugak dalam RM 2000 untuk seorang pembantu rumah sebulan. 

So, sesiapa yang ada orang gaji / bibik zaman sekarang ni, dikira orang kaya lah. Sebab kos nak bayar pembantu rumah pun dah mahal. 

Itu untuk gaji orang gaji atau pembantu rumah, yang tak memerlukan sebarang kelulusan akademik. 




Tapi untuk jawatan sebagai pensyarah, yang memerlukan kelayakan akademik yang bagus, layak ke hanya diberi RM 1100 sebulan jer??? Agak-agak lah.

Aku rasa, nak mohon kerja jadi pensyarah pun, kalau setakat pointer 2.5 tak dipandang kot. Paling kurang pun pointer mesti 3.0. Tapi hanya dapat RM 1100 sebulan.. errrmmm...

Gaji fresh graduate (yang bukan post pensyarah) pun dah RM 1800 - RM 2000. Itu zaman aku grad dulu. Zaman sekarang mungkin gaji fresh grad dam RM 2200 kot sebulan.

Aku memang tak setuju, pihak universiti atau kolej tawarkan gaji RM 1100 tu kat bakal pensyarah. Tolonglah. Tolonglah peka pada keadaan ekonomi sekarang. Aku rasa kalau gaji RM 1800 pun hanya cukup-cukup makan jer, apatah lagi dengan gaji RM 1100 tu. Seolah-olah pihak universiti dan kolej mempekotak-katikan bakal-bakal pensyarah ni. Mentang-mentang fresh-grad, pastu tawarkan gaji sedemikian rupa. Gaji seorang driver pun lebih dari tu. 

Nak pulak, kebanyakkan IPTS, nak ambik pensyarah yang dah ada Master. So, dengan kelulusan peringkat Master, layak ke seorang pensyarah dapat gaji sebanyak RM 1100 sebulan? 

Kerja sebagai pensyarah pun bukan senang. Banyak benda nak kena buat. Dengan kerja admin pun - pensyarah kena buat jugak. 

Kalau tak mampu nak bagi gaji setaraf dengan IPTA, at least tawarkan lah gaji yang setimpal dengan kelulusan akademik seseorang tu. 

Sebab tu lah, ada 'bijak-pandai' berkata, zaman sekarang tak perlu belajar tinggi-tinggi. Sebab belajar tinggi-tinggi pun, gaji sama jer dengan orang yang belajar SPM jer, malah ada yang lepasan SPM , gaji lebih tinggi dari orang yang ada master. So, sekarang dah terbukti kata-kata itu benar, bila pihak universiti sendiri yang tawarkan gaji sedemikian rupa kepada pensyarah. 

Walaupun ada yang berkata, gaji  (RM 1100) tu hanya sementara jer, sementara nak kumpul pengalaman mengajar. Bagi aku tetap tak patut menawarkan gaji sedemikian rupa. Sebab fresh grad (yang tiada pengalaman) di sektor lain pun ditawarkan gaji lebih tinggi dari tu. 

Untuk yang nak mohon jawatan tu, tepuk dada tanya selera. Korang tanya diri korang, layak ke korang dapat gaji macam tu. Dah bersusah-payah belajar susah-susah masa kat Uni dulu, bila grad dapat gaji macam tu, dengan keadaan ekonomi sekarang, RM 1100 tu rasanya hanya cukup untuk bayar sewa rumah dan minyak kereta jer.. Walaupun korang passion sangat-sangat nak menjadi pensyarah, try la cari kerja kat universiti/ kolej yang tawarkan gaji lebih tinggi dari tu. Atau buat freelance mengajar dulu kat mana-mana IPTA/ IPTS (tapi nak buat freelance pun, kena ada Master). 

Aku harap, perkara ni mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan Malaysia supaya gaji pensayarah di IPTS diselaraskan (bukan ikut IPTS jer nak letak gaji berapa-berapa). Agar profesion pensyarah di negara ni terjamin dan dihormati dan supaya sistem pendidikan di Malaysia disanjung tinggi. Barulah nanti parents percaya nak masukkan anak-anak mereka ke universiti tempatan, rather than hantar belajar ke oversea.


P/S : Gaji Guru (fresh grad) di Malaysia pun lebih tinggi dari RM 1100 tu.

P/S : Aku tulis entri ni bukan untuk diri aku, tetapi untuk profesion pensyarah secara amnya. Aku tak berminat pun nak menjadi pensyarah full time. So, korang jangan risau pasal aku k

You May Also Like

7 comments

  1. kerja kerani pun starting dah 13++...lavel spm jer..xkn graduan nk tawar 1100 x patut betul lah. U mana lah tu

    ReplyDelete
  2. gila murah... pensyarah kot, adik akak jd guru ganti pun rasanya sebulan dalam rm1400+, ni kalau pensyarah cuma 1100 mmg tak masuk akal langsung lah

    ReplyDelete
  3. TIDAK RELEVEN DGN SITUASI SEMASA

    ReplyDelete
  4. tak patut!!!
    gaji serupa maid Indonesia, mana patut.
    uni swasta tu patut fikirkan semula.
    or else, proceed without lecturers!

    ReplyDelete
  5. Sangat menyedihkan..mahu tidak mahu kos sara hidup perlu juga diambil kira sebenarnya..berpada-padalah menwarkan gaji.Jangan menzalimi..

    ReplyDelete
  6. kesiannya dah mcm harga bibik je.. tu layak utk tutor sambilan boleh la

    ReplyDelete
  7. Sedih bila gaji serendah tu, padahal level profesional tu

    ReplyDelete