Hari Raya 2019

by - Friday, June 07, 2019

Selamat Hari Raya semua untuk readers dorsettpink.com. 

Hari ketiga raya baru nak wish, sebab baru sempat nak pegang laptop hari ni. Al-maklumlah, bila dah jadi mak-mak ni memang susah nak ada 'Me-Time ' di hari raya. Duk sibuk uruskan anak-anak jer. So, paham-paham jer lah k. hehe. Sorry ya sebab lambat wish.

Raya ni macam biasa kami raya di KL jer. 

Raya di KL pun meriah jugak. Hari-hari kami keluar pergi beraya rumah saudara-mara. Mungkin next week baru stay kat rumah duduk diam-diam lipat baju di rumah (sebab next week dah start sekolah). hehe. 


Lagu raya favourite aku ialah Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar. Setiap kali hari raya wajib dengar lagu ni. Tak tahu kenapa aku suka sangat ngan lagu ni. Tapi rasa macam lagu ni dinyanyikan dengan penuh makna dan penghayatan. Cewwaahhh. Gitew. 

Makanan favourite di hari raya - aku suka makan lemang. Suka makan lemang dengan serunding. Rendang tu aku kureng sikit la. Kolestrol tinggi. hehe. Kalau tak de lemang masa hari raya tak sah. Tekak aku tetap nak cari lemang jugak. Zaman sekarang dah tak perlu cari buluh kat hutan, dan bakar-bakar lemang. Beli jer kat kedai. Senang. hehe. (Tapi sebelum ni pun tak pernah jugak bakar lemang sendiri. hehe)..

So far, hari-hari aku makan lemang. Dah 3 hari ni. Mungkin esok pun makan lemang jugak. hehe. Hari raya je makan lemang. Hari lain tak sentuh lemang ni. 

Raya pertama makan dinner ngan my big family kat Restoren Fish Manhattan Fish Market. 
Ni makanan favourite aku bila makan kat Fish Manhattan - Baked Salmon. 

Ni favourite en.suami. 


Hari raya pertama - Pagi raya makan lemang. Tengahari pun makan lemang. Malam makan seafood kat Fish Manhanttan. hahahhaha. 

Begitulah cerita raya aku... janji anak-anak gembira.

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin. 

You May Also Like

6 comments

  1. HAHAH! sempoi jer baca cerita raya you ni. Tak yah kan nak berpacking bagai..harung jem semua. Peminat lemang rupanya...I tak berapa minat lemang. Boleh lah nak layan..tapi lagi suka ketupat / nasi impit. Makan dengan kuah kacang ataupun rendang. Lazat dan enak sekali. Btw, selamat hari raya and maaf zahir batin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe. I memang tak suka jem. kira ok lah duk KL jer. hehe.. Ketupat pun i suka jugak, tapi kalau tima raya, memang wajib nak makan lemang. ketupat/nasi impit selalu makan bila hari tak raya... btw, selamat hari raya nany. thanks datang baca kisah2 i kat sini

      Delete
  2. Selamat hr raya kak...
    Raya kt kl pun best jgk menu mlm tu rare btl... tp best
    Akak pecinta tegar lemang rupanya hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. rare kan? orang lain makan makanan raya , kitaorang makan western food. hahahah. tapi best, sebab pergi mall tak ramai orang, tak crowded

      Delete
  3. Selamat hari raya kak :) Maaf Zahir & Batin!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya.. wahh.. sempoi betul kisah raya kat KL. seronok x yah nak tempuh jem kan..

    ReplyDelete