Latihan Membaca Cerita Pendek Bahasa Melayu Untuk Kakak FL

by - Sunday, September 01, 2019

Aku pernah cerita yang Kakak FL masuk ke Kelas Intensif Membaca (Bahasa Melayu) kat dalam entri ni - 'DIARI RAMADHANKU - SOLAT TERAWIH DAN KELAS MEMBACA' . Dia mula ke kelas membaca tu pada Mei 2019 dan kini dah 4 bulan Kakak FL berada dalam kelas tu. 

Sebelum masuk ke Kelas Intensif (Membaca) tu, dia hanya boleh baca perkataan yang ada 2 suku-kata terbuka saja. Suku-kata tertutup dia langsung tak pandai, ataupun yang ada 3 suku-kata pun dia tak tahu nak baca. 

Tapi setelah 4 bulan dia berada dalam Kelas Intensif, kini Kakak FL dah boleh membaca, semua suku-kata dia dah boleh membaca. Tapi bacaannya tak lancar lagi, masih lagi merangkak. But, it's fine. At least nampak progress-nya dan keberkesanan kelas tu. Kelas tu masih belum tamat lagi. Rasanya Bulan Oktober kot baru Kakak FL khatam semua modul kelas tu. 

Tapi, walaupun tak khatam lagi, Kakak FL dah boleh membaca dah. Aku rasa bila tamat semua modul nanti, dia dah boleh membaca dengan lancar, tak lagi merangkak macam sekarang. Tak sia-sia masukkan dia ke kelas tu. Aku sangat puas hati lah dan terima kasih padaowner dan teacher-teacher yang mengajar kat situ. Diaorang selalu buat kelas tambahan kalau tengok performance student tak memberangsangkan.  

Sejak Kakak FL dah boleh membaca ni, aku bagi dia latihan membaca di rumah. Latihan membaca cerita-cerita pendek jer supaya bacaannya bertambah lancar dan untuk memupuk minat membaca dalam diri dia. 

Ini antara buku-buku yang dibeli untuk Kakak FL. Semua ni beli kat MPH


Latihan membaca untuk Kakak FL ni setiap hari. Aku jadikan rutin untuk dia wajib membaca setiap hari. Sehari cuma baca at least 4 muka surat jer. Tapi kalau mood dia OK, dia akan baca lebih dari 3-4 muka surat. 

Dalam banyak-banyak buku, aku paling suka buku Awie & Shasha - 'Siri Mari Membaca Bersama Awie & Shasha'. Sebab tulisan dia besar, dan  dalam 1 muka surat cuma ada 1 baris ayat jer. Siri membaca Awie & Shasha ni memang direka untuk budak-budak yang baru nak belajar membaca. Kalau baca buku Awie & Shasha ni, Kakak FL boleh habiskan bacaan 1 buku sehari. Sebab dia pun suka dengan gambar-gambar dalam buku tu. So, bila dia baca dia buku tu, dia rasa enjoy dan nak cepat-cepat habiskan =)). 



Ini buku-buku Tahap 1 Siri Mari Membaca Bersama Awie & Shasha. Siri Membaca Awie & Shasha ni ada 3 tahap. Tahap 1 - Tahap Mula Membaca (cuma ada 1 baris ayat dalam 1 muka surat), Tahap 2 - Tahap Mahir Membaca (ada 2 baris ayat dalam 1 muka surat), Tahap 3 - Tahap Yakin Membaca )ada 3 baris ayat dalam 1 muka). Setiap tahap, ada 6 biji buku. Kakak FL dah habis baca Tahap 1, dan sekarang nak masuk Tahap 2 (hari ni baru nak gi beli buku, hehe). 


Buku Boni ni Kakak FL dah habis baca. 


Tulisan dalam Buku Boni agak panjang dan kecik. Kakak FL boleh baca, tapi dia lagi suka buku Awie & Shasha. 


 NI kat MPH. Dua beradik ni memang suka kalau dapat pergi kedai buku. Hari ni nak pergi lagi MPH, nak cari buku cerita untuk Kakak FL sebab semua buku cerita yang sebelum ni dah habis dibaca.


Biar dia pilih sendiri buku apa yang dia nak.


Ni modul bacaan yang digunakan kat Kelas Intensif Membaca yang Kakak FL pergi tu, guna kaedah E-XRA. Sekarang Kakak FL dah kat buku last - Modul Bacaan 6 & 7. 


Alhamdulillah, salah satu milestone untuk Kakak FL (pandai membaca sebelum umur 6 tahun - sebab umur 6 tahun nak kena ambik exam Ujian Kemasukan Sekolah - UKS) dah tercapai. Next year Kakak FL bolehlah prepare untuk menduduki UKS SRAI tu pulak.

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah.Tahniah Kak FL..lepas ni kak FL boleh ajar adik pulak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you akak PC sebab sudi baca entri ni. InshaAllah nanti bila Leeya besar, hopefully Kakak nak lah ajar adik dia pulak.. hehe

      Delete
  2. Kakak FL mesti Boleh šŸ‘

    ReplyDelete