PhD Talk | My Thesis

by - Saturday, October 19, 2019

PhD Talk | My Thesis - Akhirnya, hard bound thesis aku dah siap. dah selamat hantar ke Graduate School UPM semalam. Minggu lepas lagi dah siap macam yang aku share dalam entri-entri lepas. Tapi ni baru sempat nak update cerita pasal tesis ni. 

Alhamdulillah, dengan tersiapnya hard bound thesis ni, kira tamatlah sudah perjalanan aku menuntut ilmu. Tamatlah sudah episod suka duka pahit manis buat phd selama 6 tahun ni. Fuhh!!..

Akhirnya, lega aku. Dah habis serabut kusut masai dalam kepala ni. Dah boleh nak merdeka dan bolehlah tidur dengan lena dah. Tinggal tunggu nak konvo jer lagi - next month. Lepas tu, dah boleh tutup buku. hehe..











Macam-macam perasaan yang aku rasa sepanjang buat phd ni. Ada yang aku coretkan dalam blog ni, dan ada yang tak tertulis dalam blog ni. Biarlah ia menjadi kenangan terindah untuk diri aku selamanya. 

Aku sangat berterima kasih pada en.suami yang sangat-sangat-sangat banyak membantu sepanjang 6 tahun aku melalui kembara ilmu ni. Bantu dari segi moral support, knowledge support, financial support, bantu buat housechores, bantu jaga anak-anak , bantu tolong edit tesis dan journal paper, tolong aku jadi proofreader tak berbayar (hehe) dan macam-macam lagilah, tak tertulis nak ditulis semuanya. Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan suami yang sangat membantu dan memahami. Memahami kehendak isteri dia yang nak belajar dulu. 

Tak lupa untuk anak-anak tersayang, Kakak FL dan Leeya, yang turut sama memahami kerja mommy sebagai seorang student.. Tesis ini untuk korang - anak-anak mommy. 


Tesis ni saiz B5. Sekarang dah tak ada tesis saiz besar-besar macam dulu. Semua saiz B5 jer, senang nak bawak masuk dalam beg. 



Aku print hard bound tesis ni sebanyak 6 copy. 2 untuk Graduate school, dan 4 lagi untuk supervisor dan co-supervisor. Harga print dan buat hardbound cover ni semuanya RM 380, termasuk buat burn 1 CD. 


Kat area UPM ni (kat Flat Ikan) ada kedai yang specialize untuk buat tesis B5 ni, siap tolong buat cover CD lagi. 

Alhamdulillah!. Terima kasih semua pada follower Blog Dorsett Pink yang follow aku dari awal blog ni wujud, yang secara tak langsung pun membaca kisah-kisah aku buat Phd ni .. Thank you you all. Disinilah, blog ini, tempat aku release tension masa buat tesis dulu. hehe. Thank you pada semua pembaca Blog Dorsett Pink yang selalu berdoa untuk kejayaan aku, samada reader yang selalu tinggalkan komen atau silent readers, you all really awesome =)). Thank you!

You May Also Like

7 comments

  1. TAHNIAH OGA TERUS SUKSES DUNIA N AKHIRAT

    ReplyDelete
  2. tahniah...sebagai rakan blogger saya tumpamng gembira ..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. lega dah ye.. congrats to u. All the best.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis.. perjuangan yg berbaloi.. Alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah. Moga terus berjaya in future :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tahniah Dr..a good thesis..

    ReplyDelete