Women Entrepreneur Empowerment Conference 2019 - TIPS For Start-Up

by - Wednesday, October 02, 2019

Sabtu baru-baru ni, aku join Women Entrepreneur Empowerment Conference (WEE 2019) yang diadakan di MaGIC, Putrajaya. WEE 2019 ni dianjurkan oleh Khadijah Learning Centre (KLC). KLC ni ialah sekolah rendah agama swasta khas untuk pelajar perempuan sahaja. So tak ada lelaki langsung dalam KLC tu. Sekolah tu kat Wangsa Melawati, Hulu Klang. Korang boleh google jer. 

Aku tahu pasal WEE ni sebab en.suami yang share. Biasanya kalau program-program keusahawanan ni memang dia tahu jer. So, dia share dengan aku dengan harapan aku join. Yeeaaahh! Memang aku nak sangat join program keusahawanan macam ni. Nak tambahkan ilmu dan untuk prepare diri aku melangkah ke dunia baru. 

Almaklumlah, aku kan dah habis belajar. So, lepas ni aku kena cari kerja la... Aku nak buat business. Aku nak sangat involve dalam dunia business, just like my husband. Aku suka sangat business.. Cuma selama ni, aku tak ada masa nak buat itu-ini.. Komitmen belajar pun dah menuntut 1001 pengorbanan, dengan nak uruskan anak-anak lagi. Memang tak terkejar  pun kalau nak meniaga. 

So, ni bila semuanya dah habis, bolehlah aku start buat business slow-slow.. Yang penting, kena pergi kelas keusahawanan dulu untuk cari ilmu, sebab aku ni zero knowledge tentang entrepreneurship. 



En.suami yang daftarkan aku kat WEE 2019 ni. So, hari Sabtu hari tu aku pergi sorang-sorang. Anak-anak, en.suami jaga kat rumah. Nasib baik dia free, boleh lah tolong uruskan anak-anak. Biasanya hari Sabtu dia gi main golf. Tapi Sabtu hari tu terpaksa ambik cuti golf. hehe.. 

Yang datang WEE hari tu semuanya wanita. Dan speaker-speaker pun semuanya wanita. Semua hebat-hebat. Founder business. Salah sorang yang bagi talk ialah Puan Ira Abdullah - Co-founder D'Yana. 

Hebatlah diaorang ni. Cerita-cerita diaorang memang memberi inspirasi kat aku untuk join dunia entrepreneur ni. 

 Sharing tentang PASSION. Kalau nak buat business, mesti kena ada passion. Sebab cabaran dalam business ni bukan calang-calang. 


Sharing tentang sistem. Bila dah ada business, ada brand, ada company, perlu ada SISTEM. Kalau tak ada sistem, jawabnya business tu menanti untuk lingkup lah. hehe.. Sistem dalam HR, sistem dalam operation process, sistem dalam financial dan macam-macam lagi.  




Ok, aku share sikit apa yang aku dapat belajar dari WEE 2019 hari tu. 

1. Kalau nak buat business atau nak pilih apa-apa kerjaya, mesti ada PASSION. Kalau tak ada passion, susahlah business tu nak berjaya. Sebabnya bila ada passion apa jua masalah dan cabaran yang datang, InshaAllah kita mampu bertahan dan terus bertahan walaupun kita terpaksa menanggung derita hati yang terseksa.. Waahh! giteww..  Sebabnya buat business ni, menuntut jiwa yang kental. Perlu ada preseverance dan persistence untuk menaikkan business tu. 


2. So, dalam memilih business apa yang kita nak buat, kita kena tanya diri sendiri, apa passion kita? Kalau kita passionate dalam bab masak-memasak, so bolehlah involve dalam business F&B. Kalau kita passionate dalam bab jahit-menjahit, boleh involve dalam business fashion. Kalau passionate dengan make-up, so bolehlah berniaga jual kosmestic. Jangan buat business sebab main ikut-ikut orang. Tengok orang tu berjaya buat business tudung, kita pun turut sama nak jual tudung. Tengok orang tu berjaya buat cookies, kita pun nak buat. Tak boleh macam tu. 

Hanya kita jer yang tahu apa yang kita suka dan passionate. Suka tak bermaksud passionate. Ada yang hanya sekadar suka-suka jer. Macam aku suka travel, tapi aku tak ada passion dalam travel. So, kalau na suruh aku involve dalam business travel, memang TAK lah buat masa ni. 


3. Setiap apa yang kita buat dalam hidup ni, perlu ada PURPOSE / TUJUAN. Apa purpose kita untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jangan kita bekerja atau buat business tu sekadar hanya ikut hati atau sekadar nak dapatkan duit (gaji) semata-mata, kerana kelak kita juga yang akan jemu dan bosan kerana buat sesuatu tu tanpa arah tujuan. 


TIPS To Start-Up A Business :

1. Pay attention on small things. The leader / founder must be DETAIL. 

2. Do not rush. Take baby step.

3. FOCUS - Say NO to other 1001 good ideas. Be focus on what you are ding and believe in yourself that you can do it!

4. MINDFULNESS. Do not take things for granted.

5. PURPOSE. Make sure your business or your company has a clear purpose.

You May Also Like

1 comments