First Time Buat Brownies

by - Sunday, January 12, 2020

Masa cuti sekolah hari tu, aku cuba kek brownies. Alhamdulillah menjadi. Dan rasanya pun sedap (hahahhahha.... sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan?.. hehe).

Sebelum buat brownies tu, ada buat cookies chocolate chip, menjadi jugak. Alhamdulillah.

Aku baru menjebakkan diri untuk baking. Sebelum ni tak pernah baking langsung. Dan tak minat. Dari baking, aku lagi suka cooking. Bagi aku memasak ni lebih senang dari baking - sebab baking ada banyak alat-alat nak kena guna.

Tapi bila sekali-dua dah buat baking, rasa macam - eh! senangnya baking ni..

So, lepas ni bolehlah aku buat kek dan cookies lagi.

Inilah brownies pertama yang aku buat. The first time ever in my life =)). 


Aku buat ni guna premix flour yang aku beli secara online dari Website Brown Butter Bakes(BBB) https://www.brownbutterbakes.com/ .



Ini premix flour yang aku beli hari tu. Siap ada bubble wrapping demi menjamin keselamatan tepung-tepung ni agar tak pecah =)). Ada 3 flour yang aku beli. Tapi baru sempat buat brownies. Nanti bila dah buat yang lain-lain tu, aku share kat blog ni. 

Untuk newbie macam aku  ni, sangat senang lah guna premix BBB ni, sebab semua instruction dia bagi dengan jelas dan mudah faham. Hanya main campak-campak jer bahan-bahan tu - pastu gaul - pastu bakat dalam oven - pastu tunggu jer kek tu masak - Siap!!. Senang sangat.

Aku guna oven yang en.suami beli tahun lepas - 'I GOT A PRESENT FROM MY HUSBAND'

You May Also Like

6 comments

  1. sha minat juga nak baking tapi oven takda pulak hahaha

    ReplyDelete
  2. samala Kak DP i dun like baking but i like tu eat benda baking2 haha..
    i like cooking more =D

    ReplyDelete
  3. sy minat jgk nk baking tp xde ms lg skrg ni..
    tgu ank besar skit ajk baking same2.. haha

    ReplyDelete
  4. kita nih tak pernah pun cuba membuat brownise, lagi lah bila oven merajuk... tuan nya lemau rasa

    ReplyDelete
  5. wahhh tahniahh! first time buat terus menjadi hebat hebatt. kakak saya pun baru nak berjinak jinak buat brownies. memang sodap! hehehe

    ReplyDelete