Peminat Setia 'Kampung People' - Malam ni Episod Last Dah

by - Wednesday, January 08, 2020

Kakak FL ialah peminat setia cerita 'Kampung People'. Kitaorang start tengok drama Kampung People ni sejak dari Episod 1. Masa tu cuti sekolah so memang berkesempatanlah nak layan drama hari-hari. hehe.. 

Mula-mula ingatkan cerita ni cerita mengarut - cerita lawak bodoh, tapi bila layan Episod 1 tu, terasa pulak nak layan Episod 2, pastu terus terjebak tak miss layan Kampung People hari-hari - setiap Rabu - Jumaat. hahahha..


Best betul cerita ni sebab LAWAK. Paling lawak - yang Kakak FL suka ialah Laila.. Hari-hari dia duk ajuk cara Laila cakap dan berjalan. hahahhaa.. #teamlaila . Dan dia suka jugak dengan si Yummy atau nama sebenar 'Adam'. Yummy tu pun lawak jugak =)). 

Malam ni dah last dah. Selalu cakap kat Kakak FL - malam ni last Kampung People. Tapi dia jawab balik - 'Takpe mommy, nanti ada Kampung People 2'. Hahahhaha.. Confident jer ko nak. Takpelah, kita sama-sama tunggu Kampung People 2 k. 

Tapi apa-apa hal pun, kita layan dulu Episod Last malam ni =)).. 

You May Also Like

17 comments

  1. oh noooo...last episode malam ni...i cant take ittttt....i is sukes gilers dengan ceritas nis taus.....hahahaha.....nanti tgok kat youtube je la rumah sewa kita takde tv...eh tv ada astro xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan cerita tu. tapi dah habis dah. huhu

      Delete
  2. Kak juju pun suka sangat tengok cerita ni tau, tapi akak baru tgk yang pertengahan episod, ni baru ada masa nak tengok balik ep1 sebab nak tau sejarah awal mcm mana diorang cari kampung people hahaha...kelakar betul! Tp dlm msa yang sama ada mesej pengajaran di sampaikan tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL. BUKAN LAWAK BODO sesaja.. ada mesej tersirat dalam setiap cerita ni

      Delete
  3. sy pon xsabar nk tgu mlm ni..
    sedih plak rsnye kampung people dh nk abs..
    pasni mesti rindu family abu n minah ni.. haha..
    si jekfer tu pon ensem aih.. bhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah si jaafar tu pun hensem. pelakon baru ke ek?

      Delete
  4. drama ni simple tapi ada banyak pengajaran nya, cerita yang kelakar tak la asik cita cinta mengarut je... memang seisi keluarga boleh layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, seisi keluarga semua layan cerita ni =))

      Delete
  5. anak2 akak pun suka sangat cerita ni, kelakar kata mereka gelak tak sudah je macam faham je anak2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan. budak-budak ni sangat terhibur tengok cite ni

      Delete
  6. tu la kan, harapnya ada lah season 2 tu ^_^

    ReplyDelete
  7. wak x tgk lg..

    slmt tahun baru 2020 :p

    ReplyDelete