Selamat Tinggal Basikal Kuning

by - Wednesday, January 08, 2020

Kakak FL ada basikal sendiri - basikal kuning, sebab warna basikal tu warna kuning =)). Daddy dia belikan basikal ni masa umur dia 2 tahun. So, sekarang usia basikal ni dah 3 tahun..


Dia sayang sangat kat basikal. Hari-hari dia main basikal ni. Selalu bawak basikal ni main-main kat taman atau kat stadium. Sebabkan kecik jer, so muatlah masuk dalam kereta. 

Adik dia tak pandai naik basikal ni lagi. So adik cuma bole bawak basikal yang lagi kecik dari tu =)), itupun Kakak FL yang punya dulu. 

Tapi sekarang basikal ni dah jadi kenangan untuk Kakak FL, dan kami sekeluarga (soobss..sobs.. )..


Dah rosak dah basikal ni.. Rasanya basikal ni rosak masa September 2019. Dah lama dah, tapi baru sekarang aku nak cerita kat blog.. Tak de kekuatan nak cerita pasal cerita sedih ni (hahahhaha... mommy pulak yang terlebih emosi). So, dia dah tak boleh main basikal lagi =((.. Tapi dia tak sedih sangat. Sebab ada alasan kuat untuk pergi swimming. eeerrrmmm.... 

Nampak gayanya, untuk Leeya nanti terpaksalah beli basikal lain =)), tak dapatlah mewarisi aset berharga kakak ni... hehe..

You May Also Like

5 comments

  1. hijau kuning lambang kemegahan! eh tetiba lagu hijau kuning negeri kedah lak. huhuhu ^_^
    semoga kakak FL akan dapat basikal yg lagi dia suka ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alhamdulillah dah dapat basikal baru. Nanti saya cerita kat blog 😊

      Delete
  2. comel beskal tu.. tu la sygnye dh rosak plak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sayangnya dah rosak. Warna dia masih elok lagi

      Delete