Bermesra dengan Gajah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang

by - Monday, February 24, 2020

Masa cuti Tahun Baru Cina hari tu, en.suami bawak aku dan anak-anak pergi ke Pusat Konservasi Gajah yang terletak kat Kuala Gandah, Pahang. 

Ni kira kali kedua kami datang sana. Leeya je tak pernah datang lagi. Masa datang kali pertama dulu, Kakak FL masih kecik so dia dah lupa. Sekarang dia dah besar, makin seronok lah sebab dia dah pandai bercakap.















Ni Elli, kaki dia patah sebab terkena jerat. Masa terkena jerat tu, Jabatan Perhilitan selamatkan dia dan tempatkan dia kat Pusat Konservasi ni. So dia pakai kaki palsu. Setiap bulan dia kena tukar kaki dia. Kos nak tukar kaki tu ialah Rm 11,000. huhu. Kesian dia, nak duduk pun sakit. Sakit tu kita boleh nampak melalui mata dia. huhu.. 





Nak masuk sana FREE jer =)). Cuma kena bagi seddekah kat pusat ni untuk menampung kos konservasi gajah. Sedekah tu ikut kemampuan kita. 

Kat dalam ni ada surau dan tempat makan. Tapi tempat makan tu tak besar. So, better makan siap-siap sebelum sampai sini.

You May Also Like

2 comments

  1. bestnya blh tgk gajah.. kalo bwk ank sy ni confirm bising mulut dia tnye itu ini

    kesian plak kat gajah tu xde kaki.. ='(

    ReplyDelete
  2. semoga usaha pusat konservasi ni untuk memulihara gajah dipermudahkan segala urusan. aamiin

    ReplyDelete