Berjumpa dengan Pakar Perut - Gastroenterologist

by - Wednesday, March 04, 2020

Hari Sabtu hari tu, aku pergi jumpa Gastroenterologist, a.k.a Pakar Perut kat Hospital KPJ Tawakkal, KL. Sebelum ni aku dah ada rekod dengan Gastro Dr Melvin Raj 7-8 tahun lepas. Masa tu aku sakit gastrik. 





Sebenarnya rasa sakit pedih ulu hati dah makin OK, cuma aku takut. Takut untuk jangka panjang sebab sakit kat dalam ni kita tak tahu sebab tak nampak. Kalau luka kat tangan atau kat badan senang kita nampak. Tapi kalau organ dalaman yang sakit, tak tahu macam mana rupanya dan tahap mana sakitnya tu. 

Aku pun tak pasti samada sakit jantung atau GERD, tapi hari tu dah check ECG OK. Result - normal. 

So, Dr suruh buat sekali lagi ECG kat Hospital Tawakkal sebab Doktor nak tengok graf ECG tu sendiri. Dan jugak Doktor suruh check guna 'Endoscopy' . 

Aku dah pernah buat 'Scop' ni 7 tahun lepas dengan Doktor yang sama, dan result nya ialah perut aku ada gastrik. Alhamdulillah, lepas bersalin Kakak FL, gastrik dah tak ada lagi. Tapi sekarang ni, datang balik. huhu.. 

So, nanti aku akan datang balik ke hospital tu untuk buat 2 test tu. Atau mungkin ke KPJ Ampang Puteri sebab lagi senang nak ulang-alik ke rumah. 

Kos buat Endoscopy kat KPJ Tawakkal ialah RM 1200 tak termasuk ubat dan tax.


Apa rasa buat 'Endoscopy' .. hehe.. Nanti aku cerita kat next entry.  

You May Also Like

2 comments

  1. Bila dah buat pemeriksaan lengkap..baru rasa legakan..

    ReplyDelete
  2. harga boleh tahan juga..tapi utk kesihatan apa salahnya ya...semoga dp baik2 aja ya

    ReplyDelete