Hikmah Leeya Tak Pergi Playschool

by - Friday, April 24, 2020

Mac 2020 hari tu Leeya genap umur 2 tahun. Plannya, bila dia umur 2 tahun, nak hantar dia masuk PlaySchool. 


Awal sangat? Takpelah awal pun, bukan belajar akademik pun kat playschool, cuma belajar untuk bersosial dan belajar tingkatkan motorskill. Kakak FL dulu umur setahun dah masuk playschool, so Leeya ni lambat sikit dari Kakak.

Sebab tu nampak Kakak FL lagi cepat berdikari dari Leeya. Leeya ni sangat manja dengan mommy dan takut sangat dengan strangers. Biasalah, budak-budak yang tak pernah berpisah dengan ibu memang macam tu. Boleh baca entri ni - 'ANAK NO.2 NI MANJA SANGAT'. 

Even sampai mommy masuk toilet pun dia nak ikut 😕. Ayah dia masuk toilet tak nak ikut pulak 😒. 

Start dari Januari 2020, bermulalah misi mencari Playschool untuk Leeya. Plannya nak hantar dia masuk playschool masa bulan Mac 2020, sebab masa tu dia baru genap 2 tahun.

Adalah jumpa 2-3 buah playschool yang memenuhi kriteria. 




Tapi 1 Mac 2020, Leeya terkena cirit-birit. Dia berjangkit dari Kakak dia. Biasanya cirit-birit di kalangan kanak-kanak ni boleh berjangkit dan diikuti dengan demam sekali. Tapi syukur masa tu Leeya tak demam. Cumanya, dia cirit dan muntah-muntah. 

Kakak FL muntah-muntah dan cirit-birit sehari jer iaitu Hari Sabtu (29 Februari 2020). Leeya pulak terkena masa Hari Ahad (1 Mac 2020). 

Based on pengalaman handle Kakak FL diarrhea dulu-dulu, kes Leeya ni tak teruk - hanya mild jer. So, aku tak rushing sangat nak bawa Leeya jumpa Paed. Hari Selasa baru Leeya jumpa paed. Masa tu dia cuma cirit 1 kali sehari jer.

Doktor tanya - 'demam tak?'. Dan jawapannya - 'TAK' . So, OK lah memang tak kritikal. Dan doktor bagi prebiotik yang biasa jer. Kalau diarrhea teruk, Doktor akan bagi prebiotic yang jenis control medicine - Kakak FL dulu pernah consume yang itu.

Walaupun kes Leeya ni cuma mild jer. Tapi kan...... ia berlanjutan sampai almost 2 minggu =((.. huhu.

SO, terpaksalah tangguhkan enrollment Leeya masuk preschool. 

Masa tu aku terfikir-fikir, apalah hikmah Leeya ni lama sangat diaerrhea ni. Aku tak risau masa tu sebab Leeya tak demam. Cuma duk tertanya-tanya 'kenapa Allah tak izinkan Leeya pergi playschool lagi'....


Dan 18 Mac 2020, masa kita semua terkurung kat rumah dek kerna PKP, masa tu aku sedar - 'inilah hikmahnya..'. 

Rupanya Allah sengaja tangguhkan enrollment Leeya masuk playschool sebab PKP ni. Allah Maha Mengetahui.

Aku fikir, andai kata, kalau Leeya dah masuk playschool hari tu, mesti sekarang aku rasa ralat sangat dan menyesal snagat kena bayar yuran Playschool tu. huhu..

Tengok kat social media, ramai parents yang merungut kena bayar full atau half yuran tadika/taska/transit/van sekolah, sedangkan anak-anak tak pergi sekolah pun. Dan di pihak tadika/taska/transit/van sekolah, mereka perlukan dana untuk terus survive dan bayar gaji pekerja-pekerja. Serba salah dibuatnya kan. huhu.

Nasib baiklah aku tak sempat lagi hantar Leeya masuk playschool, kalau tak aku pun terpaksa membayar yuran tu atau serba salah nak bayar ke tak. huhu. Yuran Kakak FL kami bayar macam biasa, sebab yuran dia tak mahal. Dan banyak jer aktiviti Cikgu tadika bagi masa PKP ni.

Alhamdulillah, syukur sangat Leeya tak masuk playschool lagi. 

So, kita tengok pulak tahun depan macam mana =)). 

You May Also Like

9 comments

  1. Assalam, lebih kurang umur cucu kedua bunda Aali Umar pada 24 Feb lepas...hepy besday sayang. Bunda dah lama tak update, baru ni berkesempatan.. Salam Ramadan dari bunda.

    ReplyDelete
  2. Hikmah disebalik dugaan kan..kadang lambat kita nampak tapi bila namanya hikmah...lewat macam mana pun kita tetap rasa manisnya.

    ReplyDelete
  3. Selamat belajar di rumah adik Leeya.
    Yang semangat belajarnya ya 🙂

    ReplyDelete
  4. Bagi Leeya berkawan.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah nak bagi leeya berkawan. selamat berpuasa juga untuk NA

      Delete
  5. anak saya, umur 4 tahun baru pergi playschool. awal2 hantar ke pengasuh biasa shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak hantar ke playschool, saya jaga sendiri Leeya sebab saya housewife. tengoklah next year macam mana

      Delete
  6. Cantik perancangan Allah Kan.. comelnya leeya Ni semoga jadi anak solehah

    ReplyDelete