29 Ramadhan - Khatam Quran

by - Friday, May 22, 2020

Hari ni 29 Ramadhan 1441H. Esok last kita berpuasa , pastu sambut raya.

So, hari ni geng usrah yang aku join - Usrah SRR (Usrah Suri Rumah Rahmah) buat Majlis Khatam Al-Quran secara online, guna Zoom Meeting.



Khatam al-Quran ni start jam 7 pagi tadi lepas Solat Subuh.

Kalau pagi-pagi OK, aku dapat join sebab anak-anak masih tidur.

Tapi sayangnya, tak dapat nak stay lama sampai habis sebab ada hal pulak. Anak merengek. Tapi dapat jugak lah habiskan 1 surah. Ada anak kecik macam-macam cabarannya. Tapi takpe, nanti bila anak-aanak semua dah besar, kita pulak rindu dengan moment-moment diaorang masa kecik-kecik. 

Semoga Allah swt masih memberi nafas lagi untuk aku berjumpa dengan Ramadhan akan datang. InshaAllah. Amin.

Selamat berpuasa semua dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Ingat! Jangan balik kampung!

And please stay at home. 

P/S : Rumah aku tertuap rapat hari raya nanti. Tak de tetamu dibenarkan masuk  πŸ˜€πŸ˜€.

You May Also Like

4 comments