Fall In Love With 'Familiar Wife'

by - Monday, August 17, 2020

Aku ni tak suka cerita Korea. Bukan K-Pop lover la senang cerita =)). Aku tak pernah tengok cerita Korea sekarang. Pernah tengok sekali jer dulu - Autumn In My Heart. Entah zaman bila tu kan. hahahha. Lpeas tu tak tengok-tengok dah mana-mana Drama Korea. Lagu K-POP pun aku tak layan. Kalau korang tanya aku pasal Blackpink, entahle apa dia tu -  aku tak ada jawapan πŸ˜‚πŸ˜‚.

Kawan-kawan aku selalu share dengan aku pasal cerita Korea. Tapi entahler, tak de hati langsung nak tengok. Maksud aku Drama la. Tak suka sangat layan Drama ni. Sebab cerita dia lambat habis, slelau bersambung-sambung. So penat nak menunggu sambungan cerita tu. Cerita Jepun pun sama aku tak tengok. Kalau cerita dokumentari Jepun aku tengok, tapi drama aku tak layan. 

Tapi sejak TV3 tayangkan Drama Familiar Wife, en.suami aku terjebak tengok. Kalau korang nak tahu, en.suami aku lagi layan drama tau compare dengan aku. Haaaa, hebat gak la. hahahhaa. Dia suka tengok Drama Melayu. Walaupun dia kata drama Melayu bosan, tapi dia tengok jugak. So, dia lebih kenal artis-artis dari aku. hahahhaa.



Bila dia tengok Familiar Wife tu, dia ajak aku sekali layan Familiar Wife. Mula-mula aku tengok cerita tu, aku tengok sekejap-sekejap jer tak layan sangat mulanya. Tapi lama-lama cerita tu lagi suspen, lagi best pulak layan. Tak boleh nak agak jalan cerita dia.

Cerita Familiar Wife ni cerita pasal married couple yang tak sefahaman, asyik gaduh jer hari-hari. 

Jalan cerita dia menarik dan unpredictable. So, kena guna otak sikit nak kena berfikir. Cerita ni starring Ji SungHan Ji-minJang Seung-jo, and Kang Han-na.

Patutlah orang suka cerita Korea kan, baru tahu. Sebab dia punya best tu lain dari macm Drama Melayu. 



Aku , en.suami dan Kakak FL tak sabar-sabar tunggu cerita ni setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam kat TV3. Kakak FL pun layan tau 😊.

You May Also Like

6 comments

  1. Wah kak FL pun layan.Hehehehhe.

    ReplyDelete
  2. kalau dh mula tengok drama tv mesti teruja nk tengok sambungannya

    ReplyDelete
  3. Samalah saya pun tak suka tengok drama korea haha..tapi dah tgok drama familiar wife ni best la pulak..memula macam nak try lah tengok 1 episode cerita ni lama2 nak tgok ep selanjutnya pulakπŸ˜‚

    ReplyDelete
  4. Alamak..saya pun sama lah..siap cari full episod dia lagi..dah tgk habis pun so x perlu follow tv3 lagi..

    ReplyDelete