Beli Speaker Untuk Laptop

in , by dorsett pink, September 25, 2020

Hari tu tercari-car speaker baru untuk Laptop. Speaker yang sedia ada rosak - speaker percuma 'Free Gift' beli handphone Realme 5i. Rosak tu maybe sebab heavy used kot.

Mana tak heavy used nya, hari-hari aku guna speaker tu kat laptop ni sebab sekarang aku ada kelas Virtual - aku ikuti kelas Entrepreneurship, short course selama setahun. So, kiranya, speaker adalah benda yang sangat-sangat penting untuk aku. 

Kalau just guna built-in speaker kat laptop ni jer tak jelas, audio tak clear sangat. So, memang kena guna external speaker. 


Hari tu pergi Aeon, terjumpa yang ini. Murah pulak tu, terus beli. Sound dia pun gempak. Kiranya cukuplah untuk aku sorang je yang dengar. 

 

Harga RM 17.00 murah sangat tu. Hari-hari aku guna ni. Sebab kelas ada setiap hari. 

Sejak aku sambung belajar ni lagi, En.Suami masukkan internet kat rumah bulan lepas. Sebab En.Suami pun sambung belajar jugak. Kebetulan pulak tersama-sama masuk belajar. Dia buat short-course juga, belajar tentang Engineering (ada kaitan dengan business dia). Dia komplen kat rumah internet tak laju sebab nak kena buat assingment (sebab kitaorang pakai internet data dari Phone jer - guna Tethering). Sebab tu dia masukkan Internet. Supaya senang untuk dia dan aku guna internet ni untuk belajar dan buat assingment. 

Aku pulak belajar pasal Keusahawanan. Aku dah malas nak belajar ka Universiti nak buat MBA (walaupun MBA cuma 2 tahun jer), dah malas nak berulang-alik pergi kampus. So, sebab tu cuma buat short-course jer. 


Ini masa hari pertama pemasangan Internet di rumah. En.Suami masukkan Internet Maxis Home-Fibre, bayaran sebulan RM 89 - unlimited data. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. comel speaker.. padu la line lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah
    pembelajaran sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  3. Rajin kak DP ni. Ilmu tu memang harta yang berharga. Invest sikit untuk masa depan

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE