Bersantai Kat Kafe Harry Porter di Ipoh

by - Saturday, October 24, 2020

Masa aku ke Ipoh 2 minggu lepas, salah satu tempat yang kitaorang berkunjung ialah ke Kafe Harry Porter atau nama sebenar Kafe ni ialah Platfo9m Coffee and Brew Cafe. 

Cafe ni menjadi tarikan bagi peminat-peminat Harry Porter. Maksudnya, kalau korang peminat tegar Harry Porter, korang wajib datang sini. 







Tarikan utama kat kafe ni ialah port bergambar. Sesiapa yang suka OOTD dan suka ambik gambar, haruslah datang ni. Boleh tengok hampir disegenap sudut, ada je yang pegang handphone dan snap gambar. 
Dekorasi dalam kafe ni cantik sangat dengan tema Harry Porter.

Tapi sebelum nak lepak dan ambik gambar kat sini, wajib kena beli coffee dulu. Coffee dia OK lah. Tak lah sesedap Starbucks, tapi OK lah demi sekeping gambar yang sangat WOW!. 

Ni view dari atas kafe. Ni Lorang Panglima. Lorong Panglima ni ialah tourist spot bagi Bandar Ipoh. Ala-ala macam Jonker Walk kat Melaka. 


Ni alamat kafe ni - 22, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Negeri Perak

You May Also Like

6 comments

  1. ok lah yg suka ambil gambar, boleh layan kopi secawan sambil snap gambar2 yg cantik.

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak Kak Shehan pergi sini. MAcam rare. Tapi sedih lah bila baca entri Ipoh. Sepatutnya next mont nak pergi honeymoon tapi PKPB pula. Takpe lah, safety first.

    ReplyDelete
  3. Memang instagrammble kafe dia. Walau x minum kopi tp sy sanggup beli semata nk masuk ke sini.

    ReplyDelete
  4. cantiknya 😍 kalau sha pegi sini mesti penuh gallery haha

    ReplyDelete