Kakak FL Diterima Masuk Ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin

by - Saturday, October 24, 2020

Minggu lepas - Tengahari aku bukak telifon. Tengok kat skrin telifon - SMS dari Sekolah Al-Amin, terus bukak SMS tu. 

Baca sampai habis. Fuhh! Happy tak terkata. Kakak FL dapat tawaran masuk ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin. 

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Allah mendengar doa kami - husband and wife. 

Lepas Kakak FL pergi  interview Sekolah Al-Amin September hari tu, yang aku cerita kat entri ni -  "TEMUDUGA KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN",

Aku dan en.suami hari-hari buat solat hajat dan solat istikharah mohon Allah bantu bagi tempat Kakak FL masuk ke sekolah ni. Sebab Kakak FL ada juga dapat tawaran ke sekolah swasta yang lain , tapi pilihan pertama kami ialah Sekolah Al-Amin ni. 

Sebab aku tengok adik-adik aku sekolah kat Al-Amin ni semuanya bagus-bagus dan berakhlak mulia, sampai ada sorang tu sekarang tengah belajar untuk menjadi Huffaz kat Sekolah Menengah Imtiaz, boleh baca kat entri ni - "BERKUNJUNG KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA IMTIAZ". Sebab tu aku dan en,suami nak sangat anak-anak kami masuk ke Sekolah Al-Amin ni. Sebab dah nampak prestasi sekolah ni kat depan mata sendiri. 

Alhamdulillah! Akhirnya Allah mendengar doa kami. Syukurnya tak terkata. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kami suami isteri. Kami nak anak-anak kami menjadi Huffaz jugak satu hari nanti. 

Untuk kemasuk tahun 2021, tempat adalah terhad disebabkan oleh prosedur penjarakan sosial di dalam kelas dan luar kelas. So jumlah kemasukan pelajar dikurangkan separuh. Dari 300++ orang yang hadir temuduga hari tu, hanya 180 orang yang dapat masuk . Tu yang kami suami isteri risau sangat takut Kakak FL tak dapat. Tapi akhirnya dapat keputusan yang menggembirakan. 

Semoga perjalanan Kakak FL menimba ilmu dunia akhirat di Sekolah AL-Amin ni dipermudahkan. Amiinn. 


Dah besar dah anak mommy ni. Tak lama lagi nak masuk sekolah rendah dah. HUHU. Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi dulu-dulu dia menangis nak susu badan. Ingat lagi kali pertama dia meniarap dan berjalan (sebab Kakak FL tak merangkak), ingat lagi dulu dia langsung tak pandai baca, mommy yang ajar membaca dari ABC, alif ba ta, sampailah mengira 1-10. Semuanya masih jelas di ingatan mommy. Sampai hari ni pun masih lagi tidur bawah ketiak mommy 😅. 
 

You May Also Like

7 comments

  1. Wahhh tahniah kepada adik FL. Semoga menjadi anak solehah dan cerdik pandai. Saya graduan dari Al-Amin rendah dan menengah juga. Semoga adik FL seronok belajar di sana

    ReplyDelete
  2. Syukur.Alhamdulillah.Tahniah ya.Rezeki kak FL.

    ReplyDelete
  3. semoga semua yg baik2 untuk kak FL.
    sekejap saja kan masa berlalu, dah nak masuk primary school.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah Sis DP. Happy for you.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah kakak.. Kakaka pandai

    ReplyDelete