Konvokesyen Tadika Kakak FL

by - Thursday, October 08, 2020

 Semalam Kakak FL ada majlis konvokesyen kat tadika dia - Tadika Pasti. 

Majlis simple jer, macam aku tadika dulu-dulu. Tak ada majlis konvo grand-grand macam yang selalu kita tengok. OK lah tu. Lagipun sekarang kan musim Covid19, tak sesuai nak buat majlis besar-besaran. 


Majlis konvo semalam cuma shoot gambar konvo jer - pakai jubah beserta mortar board. Itupun Kakak FL dah happy sangat-sangat, sama macam mommy rasa dulu-dulu. 

Balik jer rumah, dia terus cakap 'Mommy, kakak tangkap gambar tadi. Kakak dah grad macam mommy (sebab last year dia tengok mommy konvo 😊). 

Pastu terus mommy jawab - 'Alhamdulillah! nanti kakak ada 3 kali lagi konvo ambik gambar macam tu 😁'. (Saja nak buat dia excited). 

Pastu dia tanya - 'bila mommy?'. 

Mommy jawab - 'Nanti bila kakak masuk universiti nanti'. 

Kakak FL - ' alaaaaaa, lambat lagi'. 

Mommy - mampu senyum jer 😊.


InshaAllah nanti kakak akan masuk universiti satu hari nanti dan grad PhD sama macam mommy dan abah 😊. 

You May Also Like

6 comments

  1. Yeayyy! tahniah dah grad. HAHAH! comel sangat. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. amin, tunggu kakak nanti banyak lagi nak konvo..tahniah dah nak habis tadika

    ReplyDelete