10 TIPS Kecantikan dan Kesihatan Ustazah Asma Harun

by - Saturday, October 17, 2020

 Hari ni aku join Konvensyen Suri Rumah Rahmah secara virtual. Sebenarnya, program ni nak buat kat Bangi Convesyen Centre, tapi disebabkan PKPB, terpaksalah diubah buat secara online. 

Program ni khas untuk golongan suri rumah muda yang berumur di bawah 45 tahun. Sebelum-sebelum aku pernah share yang aku join Usrah Suri Rumah Rahmah kan. So, program ni dianjurkan oleh NGO Suri Rumah Rahmah ni lah yang mana AJK yang terlibat yang menganjurkan Program Konvesyen ni sebilangan besar adalah dari usrah mate SRR tu. SRR = Suri Rumah Rahmah. 

Antara ahli panel yang memberi ceramah masa Konvensyen Suri Rumah Rahmah ni ialah Pakar Psikologi, Ummi Profazz (Ummi Siti Nadzrah - Ibu kepada 5 orang anak yang semuanya berjaya menjadi profesional + Huffaz) dan Ustazah Asma Harun. 

Ada banyak sangat TIPS yang ahli-ahli panel ni share. Penuh buku nota aku. Dan aku rasa bertuah sangat sebab dapat ilmu yang sangat berharga hari ni - ilmu unyuk menjadi wanita yang cemerlang , cemerlang dalam mendidik anak-anak dan cemerlang menjadi seorang muslimat yang diredhai Allah. 

 Banyak sangat ilmu dan TIPS yang Ustazah Asma Harun share. Tapi entri ni aku cuma nak share pasal TIPS  Kecantikan dan Kesihatan yang Ustazah amalkan. Jarang sangat tengok Ustazah share pasal amalan kecantikan yang dia buat kat public. So, ni kira perkongsian yang sangat-sangat mahal lah ni.



10 TIPS Kecantikan dan Kesihatan Ustazah Asma Harun :

1. Ustazah pergi buat facial sebulan sekali.

2. Ustazah selalu bermain basikal dan badminton dengan anak-anak - untuk exercise dan keluarkan peluh. Ustzah ni sebenarnya geng basikal - suka kayuh basikal 😊.

3. Ustazah selalu pakai lipstik kat rumah. Kat luar ustazah tak pakai lipstik. 

4. Ustazah selalu pakai baju cantik-cantik kat rumah - supaya suami nampak ustazah cantik selalu. Kat luar, Ustazah suka pakai jubah.

5. Ustazah pakai sunblok setiap hari. Setiap hari wajib pakai.

6. Ustazah wajib cuci muka setiap hari - pagi dan petang dengan cleanser.

7. Ustazah pastikan berat badan Ustazah tak lebih dari 55 kg. Kalau terlebih, dia akan workout sungguh-sungguh untuk kurus.

8. Setiap pagi ustazah amalkan minum madu asli + minyak zaitun + habatussauda. 

9. Ustazah jaga makan. Dia makan tak banyak sangat sebab tak nak gemuk. 

10. Ustazah spend duit untuk beli skin care - untuk jaga muka dan kulit. Sebab ustazah tak suka mekap. So, ustazah akan pastikan kulit muka nampak sihat. Maksudnya Ustazah lebih pentingkan skincare dari kosmetik. 

(My Note - walaupun ustazah tak mekap, tapi nampak Ustazah Asma cantik sangat. Natural beauty !).


Ustazah Asma kata, tak salah kita sebagai orang perempuan spend duit untuk beli barang-barang kecantikan dan kesihatan asalkan jangan sampai membazir. kalau betul-betul guna takpe. Kalau nak mekap pun takpe ( tapi jangan sampai ke tahap tabaruj), mekap untuk suami, agar suami nampak kita cantik. Barulah si suami tak pandang tengok perempuan lain. Ustazah tambah lagi, kita orang perempuan kena pastikan kita sentiasa sihat walafiat, sebab kalau kita tak sihat, habis lumpuhlah sistem rumah tu. Sebab tu kita kena jaga kesihatan kita betul-betul. 

So, salah satu cara nak sihat, ialah dengan cara bersenam di bawah matahari (matahari pagi seeloknya). Keluarkan peluh dengan buat kerja rumah dengan bersenam yang exercise tu tak sama. So, lebih baik bersenam yang betul-betul bersenam tu. 

Cantik tu ialah juga sebagai self-reward. Self-reward untuk diri kita sendiri. Bila kita rasa kita cantik, secara tak langsung kita akan lebih rasa konfiden, dan akan lebih bersemangat untuk buat kerja-kerja seharian. Secara tak langsung, hari kita akan menjadi lebih produktif 😊.

P/S : Terima Kasih Ustazah Asma sebab sudi sahre TIPS yang sangat berharga ni hari ni . Saya sayang Ustazah sangat-sangat!

You May Also Like

5 comments