Persediaan Masuk Darjah 1 Tahun 2021

by - Saturday, January 16, 2021

Tahun 2021 ni Kakak FL masuk Darjah 1 Sekolah Rendah. 

Segala persiapan dan keperluan dah dibeli dan dibuat sejak Disember 2020 lagi. Senang prepare awal-awal sebab tak nak kelam-kabut last-minute. 

Buat awal-awal, so last minute nanti boleh fokus buat benda lain. 

Baju sekolah semua dah siap beli.

Ni uniform sekolah Kakak FL - pakai seluar. Nanti Darjah 4 baru pakai kain.

Beli uniform kat koperasi sekolah jer. 


Harga untuk uniform + lencana + buku tulis semuanya ialah 
RM 271 (5 pasang baju sekolah). 


Buku teks dan buku latihan beli kat Pustaka Rakyat. Pihak sekolah bagi senarai buku. Harga BUku beserta alat tulis semua iaah RM 330.

Kakak FL dpaat masuk kelas DLP (Dual-Language Programme), so nanti dia akan belajar Math dan Sains dalam English. 

Ni ready-made pembalut buku. Senang ! Terus lekat je kat buku, dah tak perlu nak guna gunting untuk potong plastik, potong saletape macam zaman mommy dulu-dulu.  Ni beli sekali kat Pustaka Rakyat tu. 

Stamp nama dan sticker pun dah siap buat di kedai printing.


Belajar beli air kat mesin ni. Nanti mesti selalu membeli di sini kan kakak?


Ini masa beli uniform Disember hari tu. 


Ni buku tulis dan buku latihan yang akan digunakan nanti. 


Kasut sekolah, stokin, telekung, sejadah semua dah beli. Tapi tak dapat nak guna lagi. Sobbss.. Sobsss.. Hopefully ada lah sinar nanti untuk pergi sekolah macam biasa. 

Walaupun start sekolah ni belajar ONLINE jer, tapi takpelah, at least dah prepare semua. 

Sedih jugak lah belajar ONLINE, tak dapat nak pergi sekolah. Kakak FL dan mommy pun dah excited nak masuk sekolah ni. Al-maklumlah, first time kan. Tapi kita redho jer lah. Harap-harapnya, dapat juga Kakak FL pergi sekolah betul-betul tahun ni.  

You May Also Like

4 comments

  1. besar juga kos naik darjah satu ni.
    Selamat menempuh alam persekolahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah darjah 1 tahun 2021. nanti darjah 2 kurang sikit la kosnya kot

      Delete
  2. sekolah al amin ke ?.. good luck kakak FL :)

    ReplyDelete