Short Holiday at Dorsett Hotel Kuala Lumpur

 Sejak PKPB di Selangor November hari tu, kitaorang duduk je kat rumah diam-diam. Kami semua dah gantal kaki nak berjalan, especially my en.suami. Ye lah, dah kaki jalan, pastu tetiba suruh duduk rumah diam-diam, memang gatal kaki lah nak berholiday.

Nasib baik Disember 2020 hari tu, kerajaan benarkan keluar rentas negeri. So, dapatlah kami manjakan diri ber-holiday. Kami pilih cuti kat Kuala Lumpur jer sebab malas nak drive jauh-jauh, malas nak tempoh jem kat highway. 

Destinasi pertama ialah Dorsett Hotel KL. Percutian ni ditaja oleh Agoda. Thank you AGODA. Sebab tu aku suka guna AGODA, sebab selalu bagi hadiah percuma 😊.

Kami duduk di Premier Suite 2 bilik. Ada 2 bilik tidur dan 2 bathrooms dan 1 kitchen. Boleh masak-masak dalam apartment tu. Peti ais pun besar. Pot pinggan mangkuk semua disediakan. Mesin basuh pun ada. 

Depan Rizt Carton KL



Kat sini ada 2 swimming pool. So kami boleh guna dua-dua. Cumanya peraturan masa PKP ni ialah - 45 minit jer seorang , tak boleh lama. dan kena que tunggu giliran. Tak boleh ramai-ramai. 


Breakfast buffet cuma masa weekend jer. Hari weekday dihantar ke dalam bilik - pek siap-siap. 

Ni salah satu bilik tidur nya.





Ni breakfast masa hari weekday. Dapat 4 breakfast untuk 4 orang. Kami stay situ 3hari 2 malam. 

Ada playground


Ini 2nd swimming pool

Abaikan model kat belakang tu. Dia masuk pool tu sebab shooting




Nak guna gym pun sama, kena que




Living room. ada balkoni. 


Stay sini best sangat. sebab dekat ngan Pavillion dan Bukit Bintang. So, boleh jalan kaki je nak shopping.

Comments

  1. Bestnya dapat tajaan! Macam mana nak dapat tajaan tu ye hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment