Gajet Kakak FL Untuk PdPR

by - Thursday, February 25, 2021

 Gajet Kakak FL Untuk PdPR



Ini tab Kakak FL. Dia guna tab ni untuk PdPR. Seebenarnya tablet ni mommy yang punya. My husband gave me 2 years ago duting my phd convocation. Kiranya ni hadiah dari en.suami sempena tamat PhD 😊.

Dia bagi  hadiah ni sebab dia cakap 'Senang sikit you nak blogging 😊'. Alahaiii... Thank you so much sayang. 

Memang aku selalu cakap kat diri aku (cakap dalam hati jer) 'bestnya kalau ada tab, boleh blogging kat mana-mana hatta dalam kereta pun, sebab nak bawak laptop pergi mana-mana berat'. Allah dengar permintaan aku dalam hati. Lalu Allah makbulkan melalui en.suami. Alhamdulillah! Thank you Allah!

Tapi hakikatnya, lepas dapat tab ni sangat jarang aku guna untuk blogging, aku lebih suka update blog guna laptop jer. Update blog kat handphone aku tak suka, tak best skrin kecik, sakit mata tengok. Maybe nak kena invest beli keypad cantik-catik kot baru ada mood nak blogging guna tab. hahhahha.

So, memandangkan Kakak FL terpaksa belajar secara online 'PdPR', jadi bagi dia je lah guna tablet ni - Tab Samsung. Dan mommy terus kekal guna laptop dan handphone.  

So, sejak Januari 2021, tablet ni dah menjadi hakmilik Kakak FL. Walaupun dia dah dapat autoriti hakmilik tab ni, tapi dia tak guna untuk tujuan lain selain hanya belajar. Salute Kakak. 

Dia buat jadual dan rules sendiri, dia cakap dia cuma akan tengok tab (main dan tengok YouTube) hari Ahad dan Selasa jer, hari-hari lain dia tak kan tengok. OK, mommy setuju. 

Dan sehingga kini, dia masih patuh pada rules yang dia cipta sendiri, tapi cuma pegang tab siang hari je la. Malam-malam sama-sama tengok TV. 

Adalah jugak kadang-kadang dia tengok video dan main game tapi dia cuma buat macam tu bila ada 'gap' antara kelas jer, kalau tak ada homework. Kalau ada homework, dia akan siapkan homework. Homework kan banyak. Priority dia ialah belajar. 

Kelas online sekolah habis tengahari. So, dia cuma ada masa sebelah pagi jer untuk 'bersama' dengan tab ni. Lepas habis kelas, dia terus bagi mommy - itulah yang berlaku setiap hari. 

Ini antara jadual kelas Kakak FL. 

So, masa gap antara kelas tu ada chance la tengok youtube jap, tapi dia terpaksa siapkan homework. Aku tak paksa, dia sendiri yang set rules untuk utamakan homework. Dia tahu, kalau dia tak buat homework hari tu jugak, esokkannya dia yang terbeban sebab homework makin banyak. 

Homework kan banyak. Boleh kata setiap kelas ada homework. So, habis je kelas kat Microsoft Team, dia terus buat dan siapkan homework tu, atau tak pun, sempat pun break pergi toilet dan makan. So, memang tak ada peluang pun nak main game kat tab. 

Kalau dia nak tengok youtube, dia akan tengok kat TV ramai-ramai ngan kitaorang. So, semua orang akan tonton rancangan yang dia tengok tu. Kiranya waktu tengok TV tu ialah waktu 'family time'. 


Ini TV kitaorang - smart TV. Beli TV ni masa nak PKP Januari 2021 hari tu. Beli ni pun sebab PKP , kalau tak ada PKP memang tak beli, sebab takut bosan pulak duduk rumah lama-lama. TV lama rosak, so dah lama kami semua tak tengok TV. 


Minggu ni minggu last PdPR, so aku nak ambik gambar banyak-banyak untuk buat kenangan untuk masukkan dalam photo album =))

You May Also Like

7 comments

  1. Tak lama lagi dah pembelajaran bersemuka seperti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! happy sangat bila tahu sekolah dah buka macam biasa.dapatlah dia bersosial macam biasa

      Delete
  2. Bagusnya kakak FL. Jarang-jarang bebudak tak tergoda dengan gaget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. EH! Tergoda la Ai, cuma dia dah tahu limit atau batasan untuk main gajet tu, sebab selalu pesan kat dia berulang-ulang kali gajet ni bahaya untuk mata, kalau tengok lama-lama nanti mata rosak. tu sebab dia tak berani nak main lama-lama. dulu-dulu dia pernah jadi addicted kat handphone, kalau tak bagi dia mengamuk. tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh kawal.

      Delete
  3. Alhamdulillah beberapa hari lagi dah kembali ke sekolah seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah,so nanti tab ni akan dapat kat mommy semula 😁

      Delete
  4. Sama la kalau blogginglebih suka tengok laptop..

    ReplyDelete