'Checklist' Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak Darjah 1. 

Tahun ni Kakak FL masuk Darjah 1.

Mommy yang excited sangat. Almaklumlah anak pertama masuk sekolah rendah kan. 

Sejak Disember 2020 lagi, aku dah prepare semua barang-barang keperluan sekolah untuk Kakak FL. Walaupun akhirnya diumumkan PdPR, tapi aku tetap rasa happy dan lega sebab dah prepare awal. Takpe, prepare awal-awal, so tak adalah nanti aku kelam-kabut last minute. Aku ni kalau kelam-kabut, macam-macam benda yang aku lupa, ini tak de, itu takde, so bila tak ada banyak benda, kesian kat Kakak FL lah. Sebab tu aku prepare awal-awal, untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. 

1 Mac 2021 minggu depan sekolah secara bersemuka , so minggu ni aku fokus untuk iron baju sekolah dan labelkan semua buku-buku supaya senang nak kenal. Jadual kelas dah keluar, so kena print dan tampal. itulah benda yang aku kena buat minggu ni.  

Kakak FL sekolah 1 sesi dari pagi sampai petang, so tak perlu tukar baju tengahari tu. Pakai baju yang sama jer 1 hari.


Antara keperluan persekolah anak-anak Darjah 1 yang aku sediakan ialah :

1. Uniform sekolah,  - aku beli 4 pasang.

2. Pakaian sukan untuk PJK - 1 pasang.

3. Tudung sekolah - 5 helai. 

4. Stokin hitam - aku beli 5 pasang. 

5. Anak tudung - aku beli 4 helai.

6. Singlet - aku beli 5 helai.

7. Kasut sekolah - 2 pasang warna hitam.

8. Botol air - 2 botol (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).

9. Lunch box (untuk bekal makanan) - 2 (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).

10. Alat tulis - gam, gunting kanak-kanak, pencil box, pensil (beli sekotak terus), pemadam (beli banyak-banyak terus, senang pemadam selalu hilang), sharpener (beli banyak-banyak jugak sebab sharpener ni selalu hilang), pembaris. 

11. Pensil warna - aku beli jenama Stadler LUNA 24 pieces.

12. Barang-barang art & craft untuk subjek Pendidikan Seni (senang beli siap-siap, so tak perlu mommy nak pergi ke kedai alat tulis setiap minggu)  - Antaranya ialah kertas kosong A4, kertas warna-warni, ribbon (beli 2-3 warna), pinggan plastik, cawan plastik, batang ais krim, tali (tali yang biasa orang guna buat buku skrap), water colour & berus, water colour palette, glitter. 

13. Peralatan makan (sebab cikgu suruh bawak sendiri, tak boleh kongsi-kongsi) - sudu garfu plastik. 

Boleh baca entri pasal beli beg sekolah, beli botol air dan sudu garfu kat "SINI".

14. Tag nama - untuk dijahit pada tudung sekolah (kalau lelaki kena jahit kat baju sekolah) - aku tempah banyak terus dalam 10 keping. 5 keping untuk tudung, 1 untuk sejadah, 2 untuk telekung, 1 untuk towel kecil, 1 untuk kain lap meja.

15. Lencana sekolah - beli jer kat Koperasi sekolah. 

16. Sejadah - Sejadah ni aku jahit tag nama sekali, takut tertukar. Tag nama yang aku guna ialah nama yang dijahit di tudung sekolah tu.

17. Selipar - untuk ambil wuduk.

18. Towel - untuk lap muka lepas ambik wuduk.

19. Kain lap meja / wet tissue- untuk sanitize meja dan barang-barang sendiri. 


Boleh baca juga : 'SILIBUS MATEMATIK KBAT SEKOLAH RENDAH SANGAT SUSAH'.


20. Buku tulis.

21. Buku teks (Kami tak ambil skim pinjaman buku teks, sebab nanti buku tu tak boleh nak conteng dan tulis). 

22. Buku latihan - Cikgu bagi senarai buku.

23. Pembalut buku. 

24. Beg sekolah. 

25. Beg kecik untuk letak sejadang dan small towel.

26. Face mask.

27. Hand sanitizer. 

28. Sticker nama - Untuk nak labelkan nama pada barang-barangkan peribadi. Sebab nanti takut tertukar.

29. Cop nama (Stamp)- Untuk cop nama pada buku, sebab mommy malas nak tulis banyak-banyak. 


Ni kenangan masa interview masuk sekolah September tahun lepas. Boleh baca kat entri ni - 

"TEMUDUGA KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN"



Antara entri-entri lain yang berkaitan dengan kemasukan Darjah 1 ni ialah : 



Nak anak-anak jadi anak soleh dan solehah? Meh baca entri ni - 


Semoga anak-anak kita semua dilindungi dari bahaya virus Covid19. Semoga semua anak-anak yang bersekolah ni kekal sihat dan ceria seprti kebiasaan. Amin.

SHARE 3 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE