ROBLOX : Permainan Video Lucah Yang Menggalakkan Anak-Anak Merogol Dan Bunuh Diri.

Hye You all.

Apa khabar? 

Sihat? 

Aku Alhamdulillah, sihat jer, cuma kekangan masa yang buatkan aku tak sempat nak update blog. Ada macam-macam nak ceita sebenarnya, tapi tu lah, tak nyepat nak menaip.

Ok, cerita pertama hari ni steelah lebih seminggu tak update, aku nak cerita pasal Game ROBLOX. Korang pernah dengar nama game ni - ROBLOX? 

Aku pernah dengar sebelum ni tapi tak ambik pusing sebab aku tak main game tu dan anak-anak pun langsung tak pernah sebut pasal game tu, maksudnya diaorang pun tak main game tu. So, ia tak penting untuk aku ambil tahu apakah itu 'Game ROBLOX'. 


Sampailah semalam, ada seorang parents bagitau dalam Group Whatsapp  Sekolah kakak FL sharing pasal game ROBLOX ni.

Fuhh! Lemah semangat aku bila tahu. Nasib baik ada parents yang tak sanggup sharing pasal benda ni.

Game ROBLOX ni memang sangat-sangat-sangat tak elok untuk kanak-kanak. Diaorang ciptakan game tu memang tujuan untuk merosakkan pemikiran anak-anak zaman sekarang. Bila pemikiran anak-anak rosak, kesannya kita tak kan nampak sekarang jugak, tapi kesan tu akan TERLIHAT pada masa akan datang. Sebab kanak-kanak kan our future leader. 

GAME ni mengajar dan mendidik anak-anak atau orang yang suka main game ni tentang 'MAKSIAT dan SUICIDE'.

Untuk level-level basic tu, cuma ada scene maksiat yang ringan-ringan macam bercium dan berpancaran - walaupun 'ringan' ia tetap tak elok untuk kanak-kanak!. 

Bila dah naik level-level atas, 'Maksiat' tu lagi teruk dan bertambah dahsyat sampai ke tahap ROGOL dan MEMBUNUH DIRI. Maksudnya, sampai pada satu tahap - kanak-kanak akan terpengaruh bahawa 'merogol' dan berzina' tu ialah perkara normal dalam kehidupan dan jugak 'membunuh diri'.

Maksudnya , game tu mengajar - kalau dah tak tahan sangat dengan masalah hidup - bunuh je diri. Gitu OK !!!.

roblox

So, korang pergilah pantau telipon dan gajet anak-anak korang sekarang dan jugak telipon mak ayah (sebab ada anak-anak yang menggunakan telipon mak ayah untuk main game). Pantau jugak di channel youtube dan komik-komik yang dibeli, sebab ada juga yang dah upload di Youtube pasal 'keseronakan' game ni.

Ini memang budaya yang tak elok yang diciptakan oleh IBLIS untuk menyesatkan anak-anak kita. 

Kalau kita tak pantau dan control anak kita sendiri, siapa lagi yang akan bertegas dengan anak-anak? Adakah jiran sebelah rumah? Tak kan?

 Lebih baik hentikan sekarang. Diaorang mengamuk pun, mengamuk lah daripada nanti diaorang jadi ketagih. Bila dah ketagih, keburukannya amat dahsyat sekali dan semestinya kita tak nak perkara tu berlaku pada anak-anak kita. 

Biar anak-anak kita yang menangis hari ni, dari kelak nanti kita yang menangis. 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. roblox ni mmg game xelok utk anak2

    ReplyDelete
  2. Erkk... Alamakk nasib bgtau..mmg nak kena block2 games yg x elok mcm ni

    ReplyDelete
  3. nauzubillahi min zalik, sekali tengok macam lego permainan kanak-kanak kan rupanya lain.. memang kena pantau juga anak-anak yang leka dengan gadget ni, terima kasih DP atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  4. adeh....mintak dijauhkanlah.....

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE