Berhujung Minggu di Floria 2018

in , , by dorsett pink, September 04, 2018


Hari kebangsaan hari tu aku tak kemana-mana.  Hanya menyaksikan sambutan kemerdekaan melalui kaca telivisyenku yang sangat cantik di rumah saja. 

badan aku rasa sangat tak bertenaga. Rasa lemau jer. maybe sebab dah 2 minggu bekerja tanpa henti dari awal pagi hingga lena beradu di malam hari. 

Sabtu pagi, ku bangun dengan badan yang longlai, muka kusut tanpa secait pelembap. Lalu, ku terus diffuse Essential Oil En-R-GEE ni, ku harapkan dapat mengembalikan tenaga ku yang hilang. Penaat ooo belajar sambil jaga anak ni. 

Dari pagi bangun tidur terus sisir lengan baju buat kerja tanpa henti hingga ke malam hari. hari-hari repeat rutin yang sama. Kadang-kadang, waktu makan aku pun terbabas. Bukan je setakat waktu makan, waktu mandi dan waktu tidur pun turut sama kelaut. But, motherhood is really fun. Trust me!


Lepas beberapa jam diffuse, aku rasa badan aku dah segar-bugar. Dah hilang segala penat dan lemau tu. Kakiku terus melangkah ke dapur untuk menyediakan makan-minum buat en.suami dan anak-anak, dan kemudian terus melangkah selesaikan kerja-kerja rumah yang lain. itulah rutin biasaku di hari minggu jika tak ke mana-mana.

Bila segala kerja di rumah siap, aku rasa nak menghirup udara segar di luar, lalu terus ku ajak en.suami ke Floria 2018 kat Putrajaya. Sejujurnya aku tak pernah ke Floria walaupun dah 10 tahun event ni dianjurkan dan walaupun aku dulu merupakan warga Putrajaya. hhahahha..

Aku bukanlah suka sangat dengan event-event bunga-bunga macam ni. Tapi hari tu aku teringin nak pergi sebab nak memanjakan diri nak tengok bunga-bunga yang indah yang dipamerkan di Floria. Orang kata Floria ni best giler, nak jugak lah aku tengok apa yang best sangat dengan Floria ni. 

Seusai solat magrib di rumah, kami terus menuju ke Anjung Floria, yang terletak di presint 4 Putrajaya. Ramai giler orang, nak parking pun tak de tempat. Kalau ada pun, kena berjalan jauh. Jadinya, en.suami decide nak drop aku jer dan dia ronda-ronda Putrajaya dengan si kecil kami, Leeya. Aku malas nak bawa Leeya kalau en.suami tak ada. Tak menang tangan nanti kalau handle 2 orang anak sorang-sorang. Jadinya, aku pergi berdua je dengan Kakak FL ke Floria. 

Seronoklah Kakak FL sebab ini kali pertama dia ke pesta bunga-bunga ni. 

Tiket masuk RM 15 seorang. Kakak FL masuk FREE. Kalau beli tiket online tak perlu que panjang-panjang. 

 





 


 

 
 Rumah kampung yang menjadi perhatian Kakak FL . Rumah awah Tok Wan dulu-dulu macam ni jugak tapi Kakak FL tak berpeluang nak rasa duduk di ruah kayu macam ni. Mommy dulu hirup dibesarkan di rumah tradisional macam ni, so terasalah keindahan dan keasyikkan menghirup udara nyaman di rumah begini.

Suka dia dapat main congkak. First time rasanya dia pegang papan congkak ni


 Kebetulan ada konsert malam tu. So terjumpalah si para-para berdua ni. hihi.


Kami pulang di rumah jam 11 malam. Semua dah penat. Balik rumah terus tidur. Dan esokkannya bangun seperti biasa meneruskan rutin harian seperti biasa..


**** Next week cuti panjang lagi.. Nak ke mana ya? errm.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. wowww bestnyaaa! tak sempat lg nak pegi florida even duduk dekat je. huhu

    ReplyDelete
  2. floria ada sampai bila yek? mama pn th fikir nak gi mana weekend ni

    ReplyDelete
  3. saya pergi masa siang hari. Cantik bunga-bungaan kt situ.. cuma yang kureng sebab panas berpeluh jelah. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Macam mana kalau tempat ni tiba-tiba hujan lebat kan? Anyway, tempat ni nampak best.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE