Weeekend baru-baru ni kitaorang sekeluarga ke Ipoh. Tujuan ke Ipoh tak lain tak bukan hanya untuk bercuti dengan anak-anak setelah beberapa bulan duk sibuk dengan urusan harian. Kesian Kakak FL dah banyak kali tanya bila nak pergi holiday. 

So, kebetulan, aku pun dah selesai urusan 'Correction Tesis Lepas Viva', jadi ada lah masa free untuk tenangkan kembali fikiran ni. Dan kali ni kitaorang pilih Ipoh, sebab dah lama sangat tak jejakkan kaki kat Ipoh dan kitaorang memilih hotel Tower Regency Hotel & Apartments sebagai penginapan kitaorang hari tu.

Duku-dulu masa belajar kat UITM Sri Iskandar, aku pernah duk hotel ni tapi nama dia dulu lain. Sekarang dah tukar nama jadi Tower Regency Hotel & Apartments. Hotel ni macam service apartment. Ada unit yang ada 2 bilik, 1 bilik. Dan ada juga unit yang macam hotel iaitu ada katil dan TV dan kitchenette. 

Lobby Hotel

Tempat makan. Kat Tingkat 6


Tempat makan ni luas. Boleh accomodate crowd yang ramai at one time


Buffet breakfast ada macam-macam pilihan. Tak boring. Dan makanan dia pun semua sedap-sedap. 

Ni makanan breakfast aku. Diet?? Sila abaikan perkataan diet bila bercuti. hehe

Ini Health centre. Kat sini ada sauna, swimming pool. Dibuka awal pagi sehingga jam 10 malam.

Tempat makan menghadap swimming pool . Sambl makan bolehlah tengok anak-anak mandi. Tapi hari tu FL tak swim sebab Leeya baru sembuh dari demam.

Swimming poolnya tak besar sangat. Tapi sesuailah untuk anak-anak nak bersuka-ria


Ini bilik-bilik. Ada apartment, dan ada bilik jer 


Iron tak disediakan untuk setiap bilik. So kalau nak iron, kena iron kat luar. Dan ada juga disediakan bilik iron khas. 

FL Sisters having fun kat Tower Regency Hotel  ni

Ini contoh bilik kat hotel ni. Gambar ni aku ambik kat Google

Kitaorang stay sini semalam jer. Esokkannya dah check-out dan pergi berjimba kat MAPS, Ipoh (Movie Animation Park Studio). Nanti aku buat entri pasal MAPS tu. 

Kitaorang ambik bilik hotel, ada 2 katil single, ada peti ais, TV dan kitchenette. Tapi biliknya amatlah besar. Sesuai untuk ahli keluarga yang besar. Tapi kena mintak extra bed la kalau nak bawak masuk ramai orang. 

Alhamdulillah, hotel ni selesa. Makanan pun sedap. Hari tu kitaorang book hotel ni through booking.com
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah..lega FK dengan Leeya..hureyyyy dapat brcuti..

    ReplyDelete
  2. Hotel nampak bersih dan luas , seronok bercuti ...

    ReplyDelete
  3. SELESA HOTELNYA MESTI LEEYA N FL SUKAHATI KAT SITU

    ReplyDelete
  4. bestnyeee.. xpernah smpai ipoh lg..
    teringin jgk nk g bercuti ni..
    asek keje je.. haha

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik hotelnya. Boleh laa consider kalau nak bercuti ke ipoh ngan famili

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, boleh letak hotel ni dalam senarai hotel pilihan. makanan dia pun best

      Delete
  6. Pernah duduk kat sini. Best part bilik dia memang besar.

    ReplyDelete
  7. Seronok kan bercuti bawa suami dan anak keluar dari tempat kebiasaan, cantik hotel ni, nampak selesa. Kawasan kolam pun luas, senang anak2 bermain. Sambil makan boleh tonton depan swimming pool. Sis ada pengalaman pergi MAPS juga, seronok kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk bercuti.

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE