3 Sebab Kenapa DP Suka Travel

in , , by dorsett pink, September 03, 2020
3 Sebab Kenapa Aku Suka Travel

Hobi aku ialah membaca dan bersukan. Selain tu aku suka travel. Korang pun tahu aku memang suka travel. Alhamdulillah aku dapat jodoh yang punya sama minat dengan aku iaitu Kaki Jalan. 

Bestnya dapat soulmate yang kaki jalan ni ialah dia selalu ajak kita pergi mana-mana 😊. Kalau sembang pun, kebanyakan conversation kitaorang berkisar tentang TRAVEL. kat dalam dunia ni ada 195 buah negara, kitaorang baru jejak beberapa jer, so ada lebih dari 100 buah negara yang masih dalam #bucketlist 😁.



Sebab apa tak habiskan jelajah semua negara-negara tu? Satu sebab jer - sebab kekangan kewangan. InshaAllah akan penuhkan tabung ayam kitaorang untuk travel ke seluruh pelusuk dunia 1 hari nanti. 

Aku suka travel sejak dari kecil lagi. Mungkin minat tu datang dari my parents. Dulu masa kecil-kecil my parents dah bawak aku dan adik-beradik yang lain pergi melancong. Ayah aku seorang traveler. Dulu-dulu dia bekerja di luar negara. Lepas 1 negara, dia pergi ke negara lain pula. Agaknya ayah aku dah jejak kesemua 195 negara kat dunia ni kot. Masa aku lahir dulu, ayah aku tengah bekerja kat Itali. So, dia tak ada lah kat hospital teman mak aku bersalin. 

Best travel ni. Ayah selalu cakap kat aku - kita kena selalu keluar supaya minda kita terbuka, tak lah kita asyik tengok benda yang sama jer dan dikelilingi dengan persekitaran yang sama jer. Bila kita selalu keluar tengok negara lain, kita akan lebih menghargai negara kita dan akan sayang kat negara kita sangat-sangat, walaupun kat negara lain tu lebih maju dari Malaysia. 

Sejak aku kecik, aku berimpian nak travel ke seluruh dunia macam ayah aku. Best tengok ayah pergi jalan-jalan merata tempat. 


So, ini dia aku nak share 3 Sebab Kenapa Aku Suka Sangat Travel :

1. Nak Tengok Kebesaran Allah swt.
Masa aku mula-mula pergi London dulu-dulu (masa umur 12 tahun), masa tu lah pertama kali aku merasa 'winter', masa tu lah pertama kali aku merasa 'snow'. Bila kita bercakap keluar asap. Fuhh! Hebat giler. Rasa kagum sangat-sangat. Hebatnya! Bercakap pun boleh keluar asap 😂😂. Bila ingat balik waktu tu, rasa kelakar sangat.

Aku jadi kagum, sebab kat Malaysia tak pernah rasa macam tu. Terus aku terfikir - 'macammana ya Allah buat asap ni keluar dari mulut?'. 

Bila aku tengok permandangan yang sangat-sangat cantik kat Holland dan Australia, aku kagum sangat dengan Kebesaran Allah. Hebatnya Allah menciptakan bumi ini dengan bergitu indah sekali. 

Bila aku pergi ke negara lain pulak, lain pula yang aku nampak. Tambah-tambah lagi bila dalam laut. Dunia dalam laut tu jauh lebih cantik, 1000 kali ganda lebih cantik dari kanvas bumi. Fuhh! Hebatnya Allah. Itu apa yang baru aku tengok atas dunia, belum tengok kat Syurga lagi. 

So, bila aku travel, aku dapat melihat sendiri dengan mata aku betapa Hebatnya Allah swt mampu menciptakan dunia dengan hiasan yang sangat indah. Dari situ, aku lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada aku dan penghuni alam. 



2. Nak Tengok Permandangan dan Senibina Negara Lain

Aku ni seorang nature-lover atau pencinta alam. Aku sangat suka dengan alam. Sebab tu aku suka hiking dan masuk hutan, suka pergi pantai dan laut. Bila aku travel, aku dapat tengok alam indah ciptaan Tuhan yang pelbagai, yang lagi cantik yang tak pernah aku tengok. Contohnya, aku tak pernah tengok kangaroo, so bila pergi Australia, dapatlah tengok rupa sebenar kangaroo. 

Macam pergi New Zealand, YaAllah Nikmatnya! Best sangat. Sebab New Zealand sangat-sangat cantik dnegan permandangan alam semulajadi. Bila dapat tengok alam, aku rasa lagi tenang dan bersyukur Allah bagi rezeki penglihatan kat aku untuk tengok keunikan dan keindahan alam. 

Selain tu jugak, aku sukakan senibina (architecture). Satu-satu negara tu berlainan senibina bangunan diaorang. Bila pergi ke negara tu, kita akan boleh kaji dengan lebih dekat tentang rekaan bangunan kat situ dan sejarah terciptanya bangunan tersebut. 

Dan negara yang sangat hebat dengan senibina ialah Sepanyol. Biasanya student architecture akan melawat negara Sepanyol untuk belajar tentang sejarah senibina. Aku belum lagi pernah pergi Sepanyol tapi en.suami dah berkali-kali ke Barcelona, InshaAllah satu hari nanti aku akan ke sana.

Di zaman era Nabi Yusuf a.s yang mula-mula gunakan kincir air dan kincir angin macam gini. Gambar ni kat Amsterdam.  Namun kini, kincir angin dah diinovasi yang sesuai dengan perubahan teknologi masa kini.


Ini gambar kat Stadtpark, Vienna, Austria. (Aku ambil sendiri gambar ni, bukan Gambar Google Image. hihi)


3. Nak Tahu dan Belajar Tentang Budaya Lain
Bila kita travel kita dapat belajar tentang budaya tempatan kawasan tu. Ada banyak sangat budaya dalam dunia ni yang kita tak tahu. Kalau sekadar baca buku, dia tak feel sangat. Bila pergi sendiri kat tempat tu, baru dapat belajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu budaya. 

Contphnya bila pergi Lombok, kita dapat belajar tentang budaya etnik suku kaum Sasak (Sasak People). Boleh baca kat sini - 'OVERVIEW OF LOMBOK'S CULTURE - SASAK PEOPLE AND SADE VILLAGE'.

Contoh kat Kemboja. kebanyakan kanak-kanak di Kemboja bekerja untuk cari duit untuk sara hidup diaorang. Kebanyakkan diaorang menjadi tourist guide atau bekerja dalam bidang pelancongan, contoh macam jual poskad dan sourvenir. 

**********************************

Ada lagi lah sebab-sebab lain sebab apa aku suka travel, tapi ini top 3 sebab aku suka mengembara =)).

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. saya pun suka travel! semoga lepas ni kita boleh travel lagi satu dunia Aminn

    ReplyDelete
  2. Saya sangat setuju point nombor 1 dan 2, sebab setakat ni banyak travel dalam negara je :D

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH DPT KEMARA KEMANA SAJA MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CCIPTAAN-NYA BERPAHALA TU

    ReplyDelete
  4. Travel ni memang best lagi2 kalau dapat geng yang kaki travel juga and yang oenting reti snap gambar kita lawa 😆

    ReplyDelete
  5. Seronok tgk dp jalan2.. Rezeki kan.. Memng best travel dpt tegok sekeliling

    ReplyDelete
  6. Ai suka and nak pergi tempat orang. Tapi ada masalah takut naik kapal terbang. So jalan2 dalam malaysia je lah.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE